Februari 02, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Mahmud Hefdzi yang mewakili ibu dan bapanya menyerahkan jersi
kepada Puan Rukiah Bt. Muri sebagai simbolik penajaan jersi pasukan sekolah.


Terima kasih diucapkan buat Encik Mahmud Morshidi bin Awang Othman dan Puan Norazizah Bt. Basar atas kesudian memberi sumbangan penajaan baju jersi kepada pasukan sepaktakraw dan bola sepak Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya. Sesungguhnya, penajaan seperti ini amatlah dialu-alukan dan dinanti-nantikan.

Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan ini diharapkan dapat dicontohi oleh para ibu bapa lain. Sumbangan yang dihulurkan ini, sebenarnya adalah untuk keselesaan dan kegembiraan murid-murid. Semoga selepas ini akan tampil lebih ramai para dermawan di SKSS19 Subang Jaya.

Begitu juga, tidak lupa diucapkan kepada beberapa orang ibu bapa yang selama ini telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah. Sesungguhnya, segala jasa dan niat murni tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai. Terima kasih tidak terhingga.

3 ulasan:

  1. Semoga sumbangan ini akan melahirkan lebih ramai dermawan yang ikhlas dalam membantu meningkatkan kecemelangan institusi pendidikan di sekolah ini

    BalasPadam
  2. ramai lagi ibu bapa yang telah menyumbang. Kepada anda sekalian, kami amat menghargai keprihatinan dan kerjasama anda. Syabas !!

    Pelbagai sumbangan boleh diberikan. Bukan berbentuk wang sahaja, tetapi tenaga dan sebagainya.

    BalasPadam
  3. hubungan baik antara guru dan ibubapa akan membawa kecemerlangan kepada pelajar dan sekolah..syabas dan tahniah SK SS 19 dan guru2nya..

    BalasPadam