Mac 28, 2009

AKHIRNYA... KITA JUARA




Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi, kerana akhirnya sekolah kita bergelar JOHAN BOLA SEPAK, MSSD PETALING PERDANA BAWAH 12 TAHUN, ZON H MPSJ. Setelah hampir 12 tahun kita gagal menjulang kejuaraan ini, akhirnya pada 27 Mac 2009 yang lalu, pasukan bola sepak sekolah kita telah ditabal selaku JUARA.

Berita terbaru telah dikemaskini pada 2 April 2009, khamis

Untuk menggapai kejayaan ini, pelbagai kesukaran telah berjaya ditempuhi oleh pasukan kita dengan cemerlangnya. Walaupun pada mulanya berasa 'perit' apabila diundi dalam pasukan 'MAUT', namun atas kesabaran dan kesungguhan para pemain, akhirnya impian menjadi kenyataan. Berikut adalah laluan kita hingga bergelar juara...
(Peringkat Kumpulan)
SKSS19 SUBANG JAYA ( 2 ) - SK. BANDAR SUNWAY ( 2 )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 6 ) - SK. SS17 SUBANG JAYA ( 0 )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 2 ) - SK. KAMPUNG LINDUNGAN ( 0 )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 1 ) - SK. SUBANG JAYA ( 0 )

(Separuh Akhir)
SKSS19 SUBANG JAYA ( 3 ) - SK. SRI SUBANG JAYA ( 0 )

( Akhir )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 1 ) - SK. SUBANG JAYA (0 )

Bagi pihak pasukan bola sepak, ucapan terima kasih kepada, Puan Rukiah Muri, para GPK, rakan-rakan guru, serta Encik Zamry (YDP PIBG) dan En. Hassan (NYDP PIBG) kerana turut bersama pasukan bola sepak sekolah hingga beroleh kejayaan yang cukup bersejarah ini.
Tidak lupa juga , kepada para penaja pasukan seperti Puan Norazizah (jersey), En Mohamad Jaafar ( Bola sepak dan kelengkapan sukan), En. Hassan dan sesiapa sahaja yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung, ucapan berjuta terima kasih kami hulurkan.

Terbaru : Pasukan sekolah baru sahaja selesai mengharungi pusingan kedua di SK. Sri Serdang. Berikut adalah keputusannya..
SK.SS19 SUBANG JAYA (1) - SK. PUCHONG BATU 14 (1)
SK.SS19 SUBANG JAYA (1) - SK. PUCHONG UTAMA (2)
SK.SS19 SUBANG JAYA (1) - SK. SEAFIELD USJ 6 (1)

Sekalung tahniah kepada semua pemain dan mereka yang telah terlibat membantu pasukan sekolah..

Mac 26, 2009

PERMOHONAN KDP 14 MINGGU

banner

Kepada guru-guru yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi..Silalah isi borang dengan segera (online)

Klik pada gambar untuk mengisi borang KDP 14 Minggu

Mac 25, 2009

BELASUNGKAWA



Pada 22 Mac yang lalu (Ahad), Kementerian Pelajaran Malaysia , Sek. Keb. Seafield Usj 6 serta rakan-rakan guru telah kehilangan seorang guru, pendidik,rakan juga jurulatih eMis, iaitu Allahyarham Anuar Bin Mahadhir atau lebih dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai Anot.

Pemergian beliau dalam keadaan yang mengejutkan ini amat memilukan seluruh warga guru terutama guru-guru di sekitar Subang Jaya yang amat mengenali beliau sebagai seorang yang peramah, kelakar dan baik hati.

Oleh yang demikian, diharap rakan-rakan guru menyedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah buat Allayarham. Semoga roh beliau akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin.

Al- Fatihah............


Mac 15, 2009

SUMBANGAN IKHLAS

farid2 Puan Aliah Bt. Kamar Shah  menerima bola daripada Farid Bin Mohamad yang mewakili ibu bapanya (Encik Mohamad B. Jaafar & Pn. Siti Rogayah Bt. Yahya), sebagai simbolik sumbangan ikhlas untuk sekolah.

Pihak sekolah amat menghargai sumbangan ikhlas ini. Sebagai

makluman, Encik Mohamad merupakan antara penyumbang utama kepada sekolah terutama dalam bidang sukan seperti bola sepak dan sepak takraw.

en.zul Begitu juga, dalam kesempatan ini, pihak sekolah turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Zulkifli (gambar)yang juga selalu memberi sumbangan khususnya dalam bidang sukan.

Semoga sifat mulia ini akan dicontohi lebih ramai ibubapa yang lain demi kebaikan anak-anak kita di sekolah ini.

Mac 12, 2009

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-19

Pada 7 Mac 2008 yang lalu, Mesyuarat Agong PIBG kali ke-19 telah diadakan bagi membincangkan segala permasalahan, pembentangan aktiviti tahunan PIBG serta pembubaran AJK PIBG 2008 serta pelantikan AJK PIBG 2009 yang baru.Ramai ibu bapa telah hadir dan bersama-sama membincangkan permasalahan yang timbul dalam forum yang sebetulnya.

Januari hingga Mac tahun 2009 juga merupakan bulan-bulan terakhir perkhidmatan yang diberikan oleh Encik Moennudin. Setelah empat tahun menerajui PIBG SKSS19SJ, beliau telah memberi pelbagai sumbangan yang amat diperlukan oleh murid-murid khususnya, serta pihak sekolah amnya. Jasa, keringat, idea yang selama ini dikongsikan bersama pihak sekolah akan terus diingati dan dihargai.

Senarai baru AJK.. akan dikemaskini kemudian.



ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2008

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2008 yang lalu. Tidak lupa juga, kepada para guru yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan.

KEJAYAAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI SEMUA WARGA SKSS19 SUBANG JAYA



HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008






Mac 06, 2009

PERMOHONAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

Download borang penempatan murid di sini
DOWNLOAD BORANG

Isikan dengan lengkap dan bawa semasa membuat pendaftaran





PERTANDINGAN PIDATO ZON 1 MPSJ

Antara peserta yang turut mengambil bahagian.

Pada 3 Mac 2009 bersamaan hari Selasa yang lalu, seorang murid sekolah kita telah menyertai Pertandingan Pidato Zon 1 MPSJ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan SS17 Subang Jaya. Dengan masa latihan yang begitu suntuk serta bakal menduduki peperiksaan UPSR, adik Minhatul Wahida telah sedaya upaya berlatih dan berjuang bagi menggapai kejayaan dalam pertandingan ini.

Segala penat lelah adik Minhatul Wahida akhirnya terbalas apabila berjaya menggondol tempat Ketiga dalam pertandingan yang amat mencabar minda,keberanian dan kepetahan berpidato.
Tahniah diucapkan.

Mac 04, 2009

MINI PERKHEMAHAN DALAMAN PIPK 2009






PERTANDINGAN MAJLIS TADARRUS AL-QURAN PERINGKAT FIRQAH 3 PETALING PERDANA

Tahniah Asyraf dan Nursyafiqah

Pada Sabtu yang lalu, beberapa orang murid telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Majlis Tadarrus yang diadakan di SK.Puchong Jaya 2. Murid-murid ini telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan seperti hafazan, tilawah dan lain-lain.
Dalam pertandingan ini, sekolah kita telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan hafazan yang diwakili oleh MOHD ASYRAF BIN MOHD SHOBRI. Manakala, NORSYAFIQAH BT ABDULLAH pula merangkul naib johan dalam tilawah al-quran.


Tahniah diucapkan..


Mac 03, 2009

PENYAMPAIAN HADIAH NILAM 2008

Program ini dijalankan dengan tujuan menggalakkan murid-murid membaca buku sebagai satu medium untuk mencari ilmu pengetahuan . Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada murid-murid yang lain, tahun 2009 baru bermula. Ayuh, bacalah buku dan selamat berjaya !

NILAM (2)

NILAM 

NILAM (1) 

Murid-murid yang berjaya menerima hadiah daripada

Puan Rukiah Bt. Muri

SENARAI PEMENANG

NO

NAMA PEMENANG

JUMLAH BUKU

KELAS

1

VINOTHINIY A/P LATHIMANAN

408

4SS

2

DANESH RAJ A/L LATHIMANAN

149

3SS

3

IZZAH WADHINAH ZULKARNAIN

135

4RM

4

NU ARNI NADIAH BT ABDULLAH

107

4RM

5

DHARSHINI JOSEPH

97

6SS

6

AZLIN NATASHA MOHD GHAZALI

90

4SS

7

AMIR MUAZZAM JOHARI

82

4SS

8

SITI GHUFAIRATUL ATHIRAH

75

3SS

9

PAVITHRA A/P PUSPANATHAN

71

3SS

10

NELISA BALQIS BT NORIZAN

70

3SS

10

NURUL FARHANA NUMAN

70

4SS

Mac 01, 2009

PROGRAM ICTL TAHUN 2009




Program ICTL bagi tahun 2009 telah dimulakan pada minggu kedua persekolahan. Program ini yang dijalankan semasa pengajaran Bahasa Inggeris bertujuan mendedahkan murid-murid kepada ilmu teknologi khususnya komputer dan internet.

Guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah
Puan Azizah - Tahun 1 , Puan Puah - Tahun 2, Puan Vijaya - Tahun 3 , Puan Viola - Tahun 4