Februari 26, 2009

MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN 2009

Patah Tumbuh, Hilang Berganti.. Begitulah gambaran untuk menceritakan bahawa Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SKSS19 telah bertukar wajah dan corak kepimpinan sebaik sahaja selesai memilih tampuk kepimpinan baru yang akan meneraju dan memimpin serta menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan.

Sekalung tahniah dan sejuta penghargaan buat Encik Zawawi Bin Jusoh yang telah menerajui badan kebajikan ini sepanjang tahun 2008 dengan dibantu ahli jawatankuasa yang lain.Sepanjang berada di bawah kepimpinan beliau, terasa begitu damai dan tenteram sekali.

SARIMAH

Semoga kepimpinan baru dibawah teraju Puan Sarimah Bt. Abdul Jabbar akan meneruskan tradisi kecemerlangan badan kebajikan ini malahan melonjakkannya ke satu tahap tertinggi.

Tahniah kepada Puan Sarimah serta ahli jawatankuasa yang lain.. Selamat berjuang.

Februari 18, 2009

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AMBILAN KEDUA 2009)

banner

 Klik pada gambar untuk membuat semakan…

Selamat berjaya.!!

Februari 15, 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430 H



Tanggal 13 Feb 2009, Jumaat yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1430 H. Sambutan ini telah diadakan di dewan sekolah dengan menjemput penceramah luar iaitu Ustaz Amir Hezam Bin Amir Edham. Beliau merupakan pendakwah JAIS.

Dalam sesi ceramah beliau, beliau telah mengajak para pelajar agar melakukan penghijrahan minda. Selain itu, beliau juga telah berjaya memberi impak kepada murid-murid betapa setiap tindakan atau tingkahlaku murid yang salah itu ada kaitan dengan tipu daya syaitan.

Antara isi ceramah beliau yang menari hati adalah bacaan ikrar yang mengajar murid-murid agar berjanji mentaati Allah, Rasul-Nya dan pemimpin. Menjadikan Al-quran sebagai panduan dalam menempuh kehidupan.Begitu juga dengan cerita gincu syaitan, celak dan tongkat syaitan yang digunakan untuk melemahkan murid-murid ketika menuntut ilmu.

Februari 10, 2009

KURSUS KDP 14 MINGGU PRASARJANA MUDA PENGAJARAN

kdp

klik pada gambar untuk membuat semakan…

Tahniah kepada guru-guru yang berjaya.

Februari 03, 2009

SEKOLAHKU SYURGAKU

Gambar-gambar di atas adalah hasil kerja oleh Cikgu Azar Syafiq yang merupakan guru praktikal di sekolah ini dahulu. Syabas atas hasil kerja yang mengagumkan...

Untuk melihat gambar yang seterusnya , klik pada AzarSyafiQfotopages



Februari 02, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Mahmud Hefdzi yang mewakili ibu dan bapanya menyerahkan jersi
kepada Puan Rukiah Bt. Muri sebagai simbolik penajaan jersi pasukan sekolah.


Terima kasih diucapkan buat Encik Mahmud Morshidi bin Awang Othman dan Puan Norazizah Bt. Basar atas kesudian memberi sumbangan penajaan baju jersi kepada pasukan sepaktakraw dan bola sepak Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya. Sesungguhnya, penajaan seperti ini amatlah dialu-alukan dan dinanti-nantikan.

Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan ini diharapkan dapat dicontohi oleh para ibu bapa lain. Sumbangan yang dihulurkan ini, sebenarnya adalah untuk keselesaan dan kegembiraan murid-murid. Semoga selepas ini akan tampil lebih ramai para dermawan di SKSS19 Subang Jaya.

Begitu juga, tidak lupa diucapkan kepada beberapa orang ibu bapa yang selama ini telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah. Sesungguhnya, segala jasa dan niat murni tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai. Terima kasih tidak terhingga.