November 24, 2008

November 11, 2008

WARGA KERJA SEK. KEB. SS19 SUBANG JAYA 2008

Dari kiri :
Duduk di barisan hadapan :
En. Fauzi, En. Sharul, En. Azizul, En. Mustaffal, Pn. Aliah (GPK Akademik), Pn. Rukiah Muri (Guru besar), Pn. Norliza(GPK HEM), Pn. Chong ( GPK KoKu), Pn. Azizah, Pn.Vijaya,Pn.Zaini
Berdiri di tengah:
Pn. Nurul, Pn. Norazlina, Pn. Ros,Pn.Faridatul,Pn. Foo,Pn.Santhe, Pn. Choi,Pn.Zuhana, Pn.Sarimah, Cik.Hasrina,Pn.Siti,Pn.Noranizah,Pn.Chelvee,Pn.Marina,Pn.Huda,Pn.Hamidah,Pn.Rohaya,Pn.Viola,Pn.Nazli,Pn.Norhayati,Pn.Anariza
Berdiri di belakang:
En.Fadhlie,En.Zawawi,En.Atiqi,En.Halim,En.Sarbini,En.Hairul,En.Azley,En.Zaidi,En.Malik,Pn.Ong,Pn.Sulaiha,Pn.Radiah,Pn.Kang, Pn.Naeidah,Cik Siti

Oktober 31, 2008

MESYUARAT GURU

Puan Rukiah Bt.Muri sedang mempengerusikan mesyuarat guru
sambil diapit oleh Guru Penolong Kanan Akademik, HEM dan Ko-kurikulum.

Oktober 30, 2008

HAPUSKAN AEDES BERSAMA SHEILDTOX


Sheildtox telah bersama-sama pihak sekolah menganjurkan Bengkel Menghapuskan Aedes di SKSS19 Subang Jaya. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Oktober 23, 2008

TETAMU ISTIMEWA

Pada 17 Oktober 2008 iaitu pada hari Jumaat yang lalu, warga SKSS19 Subang Jaya telah menerima kehadiran tetamu yang amat istimewa. Tetamu yang dimaksudkan ialah wartawan, Encik Hishamuddin B. Rushdi dan Si Comel daripada Majalah Kuntum. Kehadiran tetamu istimewa ini telah memeriahkan lagi Sambutan Hari Kanak-Kanak yang juga diadakan pada hari yang sama.

Pelbagai aturcara telah dijalankan. Antaranya ialah Encik Hishamuddin telah berkongsi pengalaman beliau bekerja sebagai seorang wartawan dengan murid-murid. Selain itu,turut diadakan ialah kuiz dan sesi bergambar bersama Si Comel.

Bagi pihak sekolah, sejuta ucapan terima kasih kepada En. Hishamuddin, Si Comel dan semua yang terlibat. Sesungguhnya kehadiran anda telah menceriakan hidup kami..

Majalah Kuntum dan Si Comel Pasti Boleh !!!

Oktober 21, 2008

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008

Guru-guru dan kakitangan sekolah sedang menikmati jamuan yang diadakan

Oktober 20, 2008

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2008




Sepanjang bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan. Pelbagai program dijalankan selama bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah Taddarus Al-Quran yang melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

Kemuncak Program ini ialah Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan pada 15 Oktober 2008 yang lalu. Terima kasih kepada Ustaz Kajaan yang telah mengetuai Majlis Khatam Al-Quran tersebut.

PESTA BOLING SKSS19 SUBANG JAYA

Aksi guru-guru yang menyertai pertandingan..
p/s: Cikgu Atiqi jurulatih pasukan boling sekolah.. patutla tererrr!!

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tidak bernasib baik, jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.. Skss19 boleh !!!

FUTSAL PIALA TAN SRI DATO' IR. OTHMAN MERICAN


Pasukan sekolah telah menyertai Pertandingan Futsal Piala Tan Sri Dato' Othman Merican yang telah diadakan di SK. Sri Kuala Lumpur, SS15 Subang Jaya pada 7 Oktober 2008 yang lalu.Daripada 32 buah pasukan yang bertanding, pasukan kita berjaya menduduki tempat ke 9. Tahniah diucapkan kepada semua pemain...

Oktober 12, 2008

PADANG BOLA BALING NAIK TARAF




Kerja-kerja naik taraf sedang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar dan PIBG sekolah atas usaha mendapatkan peruntukan membaiki dan menaik taraf padang bola baling sekolah. Semoga padang serba guna ini akan memberi banyak manfaat kepada murid-murid dan guru-guru serta sekolah amnya.

Oktober 10, 2008

KEJAYAAN PASUKAN BOLING SKSS19


Tahniah atas kejayaan anda semua. Majulah Sukan Demi Negara !!

Oktober 06, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ikhsan daripada PKG-Puchong

September 16, 2008

MOTIVASI DIRI


13 September 2008, bertempat di Bilik ICT telah diadakan satu lagi Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran PPD Petaling untuk guru-guru SKSS19 Subang Jaya. Kaunselor dari Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz, Shah Alam iaitu En. Shamsul Bahrin B. Harun telah menyampaikan motivasi tersebut.

Dengan pengalaman luas sebagai kaunselor, beliau telah menjelaskan dengan terperinci cara-cara menangani stress dengan betul. Guru-guru yang mengikuti program ini juga amat berpuas hati dengan penyampaian beliau yang amat bersahaja.

Semoga program motivasi ini akan membantu guru mengawal emosi semasa berhadapan dengan pelbagai karenah murid-murid. Secara tidak langsung, akan lahirlah guru yang berkualiti, cemerlang dan terbilang... InsyaAllah.

September 11, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN




Pada 10 September 2008, Rabu, satu Bengkel Kemahiran ICT telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah. Bengkel ini bertujuan mendedahkan guru-guru kepada pengetahuan berkaitan Aplikasi Microsoft Word dan Excel.

Hampir semua guru telah terlibat dalam bengkel ini. Penyelaras Makmal, En. Sharul Nizam telah menjadi pembentang kepada tajuk ini. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama erat daripada para guru selaras dengan matlamat melahirkan guru-guru celik IT. Semoga akan banyak banyak lagi bengkel seumpamanya akan diadakan demi kebaikan guru-guru.

September 10, 2008

UPSR 2008


9 September 2008, bermulanya perjuangan sebenar bagi murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Setelah penat belajar, sekarang tibalah masa untuk murid-murid ini menunjukkan bakat dan ilmu yang mereka peroleh selama ini. Hanya satu harapan guru-guru, kami ingin melihat kalian mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR ini seterusnya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin

Selamat Berjuang dan Selamat Berjaya !! Yakin Boleh !!

September 06, 2008

INTERNET WIRELESS TELAH BERMULA


Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang ingin melahirkan guru-guru berkualiti dan berkemahiran ICT, SKSS19 Subang Jaya dengan sokongan PIBG, telah mengorak langkah dengan merancang projek pemasangan internet wireless di sekolah ini untuk kegunaan guru-guru bagi memantapkan lagi kualiti P&P.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rukiah Bt. Muri (Guru Besar), Pn. Aliah Kamar Shah (GPK1), Pn. Norliza Osman (GPK HEM) dan Pn. Chong (GPK Koku) serta PIBG Sekolah yang telah mencetuskan idea dan memberikan peruntukan sehingga projek internet wireless ini berjaya direalisasikan..

Pemasangan telah dilakukan dengan diketuai oleh En. Azley (Penyelaras ICT) dengan dibantu oleh En. Sharul (Penyelaras Makmal) serta En. Hairul . Adalah menjadi harapan agar kemudahan ini akan membantu melahirkan guru-guru berkualiti dan seterusnya melahirkan murid-murid(modal insan) yang cemerlang, gemilang dan terbilang...

September 01, 2008

LAWATAN KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pada 28 Ogos 2008 yang lalu, murid-murid dari KKBP telah mengadakan lawatan ke Aquaria KLCC. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan telah dapat diperolehi. Semoga segala pengetahuan itu akan menjadi sesuatu yang berguna kepada mereka..

Lihat gambar-gambar yang seterusnya..
(Klik Disini)

SELAMAT BERPUASA



Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, bulan penuh kemuliaan. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini akan bertambah iman kita dan semakin kuat kita beribadat...Amin..