April 25, 2012

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT




 Saban hari, kita sering dikejutkan dengan beberapa kejadian menyayat hati apabila kejadian kebakaransering kali mengorbankan ramai nyawa yang tidak berdosa. Sesungguhnya, segala yang berlaku , pasti akan dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan diambil segera .

Menyedari hakikat itu,  pihak sekolah serta  Pasukan Bomba dan Penyelamat, telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan latihan menghadapi kebakaran bersama-sama. Dalam aktiviti ini, para guru dan pelajar diajar langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi apabila berlaku kejadian kebakaran. 

Hasil latihan dan tunjuk ajar daripada pihak bomba dan penyelamat, guru-guru telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejadian kebakaran yang biasanya berlaku secara mengejut. Latihan demi latihan telah dilakukan bersama-sama murid . Kemuncaknya, hari ini 24 April 2012, sekitar jam 9.00 pagi, latihan kebakaran dilakukan lagi secara mengejut dengan kehadiran serta pemantauan daripada pihak bomba dan penyelamat sendiri. 

Kesimpulannya, warga SKSS19 Subang Jaya, telah berjaya menjalankan latihan kebakaran ini serta mendapat pujian daripada pihak bomba. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Pihak Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.







TERIMA KASIH DAUN KELADI..

April 21, 2012

SIMPULAN KASIH MENJUNJUNG BUDI BUAT PUAN RUKIAH BINTI MURI

Tanggal 29 Mac 2012 yang lalu, SK. SS19 Subang Jaya telah kehilangan pemimpin yang dikasihi Puan Rukiah Binti Muri yang telah menamatkan perkhidmatan beliau. Sesungguhnya, ketiadaan beliau adalah satu kerugian buat sekolah ini dan pendidikan amnya. Walau bagaimanapun, sekalung penghargaan dan ucapan sejuta tahniah kita ucapkan kepada beliau yang telah berjaya membimbing sekolah ini dalam mencatat kejayaan tahun demi tahun. Semoga beliau diberikan kesihatan , rezeki dan umur yang berpanjangan. 


TERIMA KASIH , PUAN RUKIAH BT MURI


Puan Rukiah sebak ketika menyampaikan ucapan perpisahan

Barisan pentadbir yang banyak membantu beliau melaksanakan tugas dengan jayanya

Memberikan nasihat kepada guru-guru dan murid-murid

Seorang pemimpin yang berhati waja