Jun 30, 2010

IKON SUKAN SK SS19 SUBANG JAYA

Sejuta tahniah dan penghargaan kita ucapkan kepada adik Rafieaddin Bin Zulkifli (murid tahun 6 RM) yang telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya menjulang nama sekolah dalam bidang sukan sepak takraw..

Beliau yang begitu berdisiplin telah berjaya mengetuai pasukan sekolah sehingga muncul Naib Johan Daerah Petaling Perdana seterusnya layak mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.Beliau juga dipilih sebagai Apit Kiri Terbaik Negeri Selangor.

Di Peringkat Kebangsaan, sekali lagi, beliau mengharumkan nama sekolah dengan membantu Selangor muncul Tempat Ketiga dengan cemerlang...

Tidak dilupakan kepada Guru Besar, Puan Rukiah Bt Muri dan para pentadbir yang banyak membantu dari aspek kewangan, nasihat dan kata-kata semangat tanpa mengira masa. Seterusnya kepada insan dibelakang tabir iaitu Jurulatih Sepak Takraw sekolah yang berjaya membimbing Rafieaddin dengan jbegitu cemerlang . Sekalung Terima Kasih kita ucapkan buat Cikgu Azizul Shah yang menggilap bakat Rafieaddin sejak dari Tahun 3 lagi.

Tahniah diucapkan.. Kami warga SK. SS19 Subang Jaya amat berbangga dengan kejayaan manis ini.

Jun 03, 2010

TAHNIAH - TOKOH GURU NEGERI SELANGOR 2010


Pada tanggal 27 Mei 2010 yang lalu, ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor diadakan, Mantan Guru Besar SK SS19 Subang Jaya, Encik Ramlan Harun telah dianugerahkan Tokoh Guru Negeri Selangor 2010.

Sebagai warga sekolah, kita turut gembira serta bangga atas pemilihan beliau sebagai salah seorang Tokoh Guru Negeri Selangor 2010. Semoga kejayaan beliau ini akan menyemarakkan lagi semnagat para guru, murid-murid serta ibu bapa untuk turut berusaha mencapai kejayaan tertinggi mengikut bidang masing-masing.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Encik Ramlan Bin Harun

Jun 01, 2010

PASUKAN BOLA SEPAK PETALING PERDANA JUARA BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN NEGERI SELANGOR





Klik pada gambar untuk aplikasi zoom

Tiada kata-kata manis yang sesuai untuk digambarkan apabila Pasukan Bola Sepak Daerah Petaling Perdana telah berjaya mempertahankan kejuaraan selaku Johan Bola Sepak Negeri Selangor Bawah 12 Tahun. Kejayaan ini bertambah manis apabila salah seorang murid kita FAUZAN ARIF BIN MUSTAFA REZA adalah salah seorang anggota pasukan yang turut menyumbang atas kejayaan ini.

Selain Fauzan Arif, selaku tuan rumah, tiga orang guru kita telah dipertanggungjawabkansebagai ahli pasukan dan merupakan antara orang penting bagi skuad bola sepak ini. Guru-guru tersebut ialah :
1. Cikgu Sharul Nizam Bin Mohd Yusop (Pengurus Pasukan)
2. Cikgu Fauzi Bin Ahmad (Pen. Pengurus Pasukan)
3. Cikgu Ahmad Atiqi B Mahadi (Ketua Fisioterapi)

Pasukan ini di bawah bimbingan Ustaz Nasir(SK Bdr Anggerik), Cikgu Amin (SK SS17 Subang Jaya), Cikgu Zainuri(SK Puchong Utama 2), Cikgu Zaidi (SK Subang Bestari) dan Cikgu Haizul (SK Raja Muda) telah berjaya muncul sebagai juara kumpulan bagi pusingan pertama dan kedua. Selepas itu pada peringkat akhir, pasukan hebat ini berjaya menundukkan pasukan dari Kuala Langat dengan jaringan 1-0.

Tidak dilupakan ialah insan-insan di belakang tabir yang banyak membantu sekolah dalam memastikan latihan pusat serta persediaan pasukan ini sentiasa tiada masalah atau halangan. Mereka yang dimaksudkan ialah
1. Puan Guru Besar ( Puan Rukiah Muri)
2. Puan Ghwee Geok Choo ( GPK Kokurikulum)
3. YDP PIBG Encik Junaidi Kamari
4. Puan Marina
5. Encik Mustafa Akbar Reza dan isteri
6. Dato' Kamal Harun ( F&N Baverages)
7. Encik Rizal ( F&N Baverages)

Syabas diucapkan kepada semua.