September 30, 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN






Warga sekolah turut meraikan Bulan Kemerdekaan dengan penuh meriah dan penuh semangat patriotik. Syabas diucapkan kepada semua. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

September 03, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua.. Semoga hubungan antara kita akan terus akrab dan mesra. Segala kesilapan lalu, dilupa dan dimaafkan..

Ogos 02, 2011

KAMI BENCI DADAH


Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya amat komited dalam memastikan sekolah ini bebas daripada DADAH. Atas kesedaran itulah, pihak sekolah telah mengambil pelbagai pendekatan untuk menyedarkan murid-murid tentang bahaya dadah. Pelbagai kempen, motivasi telah dijalankan.

Visi "SEKOLAH SK SS19 BEBAS DADAH 2012" pasti akan dapat dilaksanakan dengan komitmen para guru dan pelajar di sekolah ini.

Laman Facebook PPDa juga diwujudkan untuk menambah maklumat dan mengeratkan hubungan antara guru, murid dan kakitangan dalam membenteras Dadah.

"SERTAI KAMI MAMBANTERAS DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA "




Jun 29, 2011

TEMASYA SUKAN KALI KE-15 2011



Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya Temasya Sukan Kali ke-15 telah dijalankan dengan jayanya. Segala persiapan yang dijalankan selama berminggu-minggu telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Kehadiran para ibu bapa yang amat ramai menjadikan temasya sukan kali ini lebih meriah dengan sorakan untuk para atlet yang berjuang.

Sekalung tahniah buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan temasya sukan kali ini.

Jun 22, 2011

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-15 2011


Sekolah Kebangsaan SS 19 Subang Jaya akan menganjurkan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-15, pada ketetapan berikut;

Tarikh : 26 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya

Atur cara Temasya Sukan adalah seperti berikut;

07.50 pagi :
Ketibaan Para Jemputan
Ketibaan VIP
Senamrobik

8.00 pagi :
Bacaan doa
Perbarisan Lintas Hormat
Ucapan Aluan Guru Besar
Ucapan & Perasmian YDP PIBG
Bacaan Ikrar Kejohanan Temasya Sukan
Persembahan (Taekwondo)

8.45 pagi :Acara Sukaneka Kelas Khas
Acara Balapan (100 meter)
Acara Sukaneka Prasekolah
Acara Balapan (200 meter)
Acara Sukaneka Tahun Satu
Acara 4 x 100 meter

10.00 pagi :
Rehat
Cabutan bertuah

10.45 pagi :
Acara Sukaneka Tahun Dua
Acara 4 x 100 meter (Jemputan)
Acara Tarik Tali (Akhir)
Acara Bekas Murid
Acara Ibu Bapa
Acara Pegawai
Cabutan Bertuah
Penutup & Penyampaian Hadiah

12.00 Tengah hari:
Majlis Bersurai


DIJEMPUT SEMUA MEMERIAHKAN TEMASYA SUKAN KALI KE-15 BAGI TAHUN 2011

Jun 10, 2011

PERKHEMAHAN 2011



Perkhemahan selama 2 hari 1 malam telah diadakan di dalam kawasan sekolah. Penyertaan murid amat menggalakkan dan berjaya mencapai objektif. Tahniah kepada semua.

Selamat Hari Guru 2011



Selamat Hari Guru buat semua guru SK SS19 Subang Jaya yang dedikasi dan komited ketika menjalankan tugas.

Februari 21, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA (ROAD RUN)


19 Februari 2010 mencatat satu lagi sejarah apabila acara penuh gilang gemilang telah berjaya dianjurkan iaitu Kejohanan Merentas Desa. Kejohanan ini mendapat sambutan hebat daripada murid-murid serta para ibu bapa yang turut hadir membantu.

Objektif kejohanan ini adalah untuk :
1) Melahirkan murid-murid yang sihat dan berbakat
2) Mewujudkan semangat juang yang tinggi dalam diri murid
3) Mengeratkan hubungan antara guru, murid-murid serta para ibu bapa.

Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kejohanan ini. Kepada yang menang tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, teruskan berusaha ...

Februari 16, 2011

PROGRAM MAJU DIRI 2011

Program Maju Diri telah diadakan pada minggu ke-2 perkolahan melibatkan murid Tahap 2. Program ini bertujuan :
1) menyediakan mental dan fizikal bagi memulakan sesi persekolahan
2) memotivasikan diri murid
3) mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Aktiviti PMD ini dilakukan oleh guru-guru mengikut waktu p&p masing-masing.

Januari 04, 2011

SELAMAT BERPISAH DAN JASA KALIAN AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT

Sekolah telah menerima berita yang menyedihkan apabila tiga orang guru berpengalaman di sekolah ini telah bertukar dan bertugas di sekolah baru. Pertukaran ini adalah rentetan daripada arahan perkhidmatan yang melibatkan seluruh negeri Selangor.

Bagi warga kerja, murid-murid dan para ibu bapa ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru ini dan mendoakan kecemerlangan akan diteruskan di sekolah baru.

Sesungguhnya, ketiga-tiga guru berkaliber ini boleh diibaratkan sebagai " jatuh ke tanah menjadi bukit, jatuh ke laut menjadi pulau". Di mana sahaja khidmat ditaburkan, kejayaan pasti dalam genggaman.

Semoga hubungan ini akan terus terjalin erat.

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2011






Selamat bersekolah diucapkan kepada semua murid Tahun 1 dan selamat kembali meneruskan perjuangan buat murid-murid tahun 2, 3, 4 , 5 dan 6. Tahun ini secara sendirinya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, murid-murid Tahun 1 akan menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Selamat Tahun Baru diucapkan buat ;

i. Semua warga kerja SK. SS19 Subang Jaya
ii. Semua Ibu Bapa (ahli PIBG) SK. SS19 Subang Jaya
iii. Semua murid SK. SS19 Subang Jaya

Semoga kita akan meneruskan kecemerlangan akademik dan mengeratkan hubungan antara kita