TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN SS19 SUBANG JAYA

AKTIVITI-AKTIVITI DI SEKOLAH KAMI

(1) Pertandingan PPDa Peringkat Daerah
Sukacita dimaklumkan bahawa Sek. Keb. SS19 Subang Jaya telah mencatat sejarah buat pertama kalinya apabila berjaya memenangi Pertandingan PPDa Peringkat Daerah Petaling Perdana. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan ini dalam genggaman. Penambahbaikan akan terus dijalankan kerana sekolah ini akan mewakili daerah ke Peringkat Negeri Selangor. Syabas..

(2) MAJLIS TADARUS AL-QURAN
Sepanjang bulan Ramadhan ini, guru-guru dan murid-murid akan bersama-sama menjayakan Program Tadarus Al-Quran untuk memperoleh keberkatan sempena bulan yang mulia ini.

(3) BULAN KEMERDEKAAN
Sepanjang Ogos ini, merupakan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah . Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan ini. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak

Januari 04, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Selamat Tahun Baru diucapkan buat ;

i. Semua warga kerja SK. SS19 Subang Jaya
ii. Semua Ibu Bapa (ahli PIBG) SK. SS19 Subang Jaya
iii. Semua murid SK. SS19 Subang Jaya

Semoga kita akan meneruskan kecemerlangan akademik dan mengeratkan hubungan antara kita

0 komen:

Catat Ulasan