Mei 25, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008







Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru Sek. Keb. SS19 Subang Jaya. Semoga kita akan terus berbakti bersama-sama demi memajukan anak bangsa dalam bidang pendidikan. Gambar-gambar berikut adalah suasana dan aktiviti semasa Sambutan Hari Guru di SK. SS19 Subang Jaya.

Mei 21, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008


16 MEI 2008 merupakan tarikh keramat kepada warga pendidik. Pada hari ini, semua warga malaysia yang bergelar pelajar dan pendidik akan meraikan Sambutan Hari Guru. Semoga dengan sambutan hari terismewa ini akan memberi satu kekuatan dan kesedaran kepada pelajar dan pendidik agar terus memartabatkan sistem pendidikan negara.
Kepada semua pendidik, hadapilah kenyataan bahawa cabaran sebagai pendidik pada hari ini tidak lagi sama seperti dulu. Hari ini, para pendidik perlu melalui hambatan teknologi, bidang tugas yang melangkaui profesion, dan segala macam dugaan lain yang menuntut para pendidik agar tabah serta cekal mengharungi liku-liku profesion perguruan.
Semoga Hari Guru 2008 akan membawa sinar dan harapan, agar sistem pendidikan kita terus maju dan berubah selaras dengan matlamat mencapai Wawasan 2020...................Amin

Mei 20, 2008

PERTANDINGAN SAJAK DAN SYAIR PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA (samb)





PERTANDINGAN SAJAK DAN SYAIR PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA






Pada 13 Mei 2008, Selasa yang lalu, SK.SS19 Subang Jaya telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah kepada Pertandingan Sajak dan Syair Peringkat Daerah Petaling Perdana. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada johan-johan peringkat zon telah mengambil bahagian. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya dan pihak sekolah amat berharap, semua yang hadir pada hari tersebut berpuas hati dengan perjalanan pertandingan.
Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada para pemenang. Semoga wakil Daerah Petaling Perdana akan terus menyinar di peringkat negeri pula.