Mei 21, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008


16 MEI 2008 merupakan tarikh keramat kepada warga pendidik. Pada hari ini, semua warga malaysia yang bergelar pelajar dan pendidik akan meraikan Sambutan Hari Guru. Semoga dengan sambutan hari terismewa ini akan memberi satu kekuatan dan kesedaran kepada pelajar dan pendidik agar terus memartabatkan sistem pendidikan negara.
Kepada semua pendidik, hadapilah kenyataan bahawa cabaran sebagai pendidik pada hari ini tidak lagi sama seperti dulu. Hari ini, para pendidik perlu melalui hambatan teknologi, bidang tugas yang melangkaui profesion, dan segala macam dugaan lain yang menuntut para pendidik agar tabah serta cekal mengharungi liku-liku profesion perguruan.
Semoga Hari Guru 2008 akan membawa sinar dan harapan, agar sistem pendidikan kita terus maju dan berubah selaras dengan matlamat mencapai Wawasan 2020...................Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan