April 29, 2009

April 23, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)















































Para pentadbir dan guru telah menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan yang telah diadakan pada 18 April 2009 yang lalu. Latihan ini adalah bertujuan mendedahkan kepada guru-guru kemahiran akademik bagi memastikan tahap akademik murid-murid dapat ditingkatkan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Latihan ini dijalankan di Bilik PPSMI bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Syabas diucapkan kepada semua.





April 04, 2009

KEJOHANAN TENPIN BOLING

BOLING SK.SS19 SUBANG JAYA sekali lagi mencatat kejayaan tersendiri apabila pasukan boling sekolah telah muncul Naib Johan Kejohanan Tenpin Boling 4 Berpasukan Peringkat Daerah Petaling Perdana.

Pasukan ini yang juga merupakan ahli kelab boling sekolah telah mempamerkan aksi-aksi yang hebat sehingga berjaya merangkul kejayaan yang cukup manis ini. Pasukan ini juga telah kerap turun berlatih dengan mendapat bimbingan daripada seorang jurulatih profesional. Tidak lupa juga, bimbingan daripada guru sekolah kita iaitu Encik Atiqi dan Pn. Tamil Chelvee.

Syabas dan Tahniah diucapkan..kepada

Amir Hazim Bin Ikhlas, Sharizah Bt. Suhaimie, Shuqiran Bin Musni dan Zihny Rais Bin Mohd Rais


April 03, 2009

SELAMAT BERPINDAH & SELAMAT BERPISAH

Selamat berpisah dan selamat berpindah diucapkan kepada Puan Marina Ahmad dan Puan Puah Siew Khuan. Tidak lupa kepada , Puan Magheswari (tiada dalam gambar) .
Terima kasih kepada anda bertiga yang telah banyak menabur bakti di sekolah ini. Walaupun anda jauh di mata, tetapi dekat di hati kami. Segala salah dan silap harap dimaafi...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.