Februari 15, 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430 H



Tanggal 13 Feb 2009, Jumaat yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1430 H. Sambutan ini telah diadakan di dewan sekolah dengan menjemput penceramah luar iaitu Ustaz Amir Hezam Bin Amir Edham. Beliau merupakan pendakwah JAIS.

Dalam sesi ceramah beliau, beliau telah mengajak para pelajar agar melakukan penghijrahan minda. Selain itu, beliau juga telah berjaya memberi impak kepada murid-murid betapa setiap tindakan atau tingkahlaku murid yang salah itu ada kaitan dengan tipu daya syaitan.

Antara isi ceramah beliau yang menari hati adalah bacaan ikrar yang mengajar murid-murid agar berjanji mentaati Allah, Rasul-Nya dan pemimpin. Menjadikan Al-quran sebagai panduan dalam menempuh kehidupan.Begitu juga dengan cerita gincu syaitan, celak dan tongkat syaitan yang digunakan untuk melemahkan murid-murid ketika menuntut ilmu.

1 ulasan:

  1. Dengar khabar Ustaz Amir tu kenal Cikgu Zizul.. Maknanya hebat dan bukan sebarangan orang Cikgu Zizul ni.Kalau macam tu, lain kali kita mesti bagi peluang kat Cikgu yang hebat ni...

    BalasPadam