Februari 26, 2009

MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN 2009

Patah Tumbuh, Hilang Berganti.. Begitulah gambaran untuk menceritakan bahawa Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SKSS19 telah bertukar wajah dan corak kepimpinan sebaik sahaja selesai memilih tampuk kepimpinan baru yang akan meneraju dan memimpin serta menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan.

Sekalung tahniah dan sejuta penghargaan buat Encik Zawawi Bin Jusoh yang telah menerajui badan kebajikan ini sepanjang tahun 2008 dengan dibantu ahli jawatankuasa yang lain.Sepanjang berada di bawah kepimpinan beliau, terasa begitu damai dan tenteram sekali.

SARIMAH

Semoga kepimpinan baru dibawah teraju Puan Sarimah Bt. Abdul Jabbar akan meneruskan tradisi kecemerlangan badan kebajikan ini malahan melonjakkannya ke satu tahap tertinggi.

Tahniah kepada Puan Sarimah serta ahli jawatankuasa yang lain.. Selamat berjuang.

2 ulasan:

  1. Tahniah...buat semua ajk yang terlantik...namun adalah baiknya bukan yang terlantik berkerja tetapi semua ahli mengambil bahagian..... yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing.... barulah KKGK bertambah hebat dan cemerlang......!!

    BalasPadam