Mac 28, 2009

AKHIRNYA... KITA JUARA




Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi, kerana akhirnya sekolah kita bergelar JOHAN BOLA SEPAK, MSSD PETALING PERDANA BAWAH 12 TAHUN, ZON H MPSJ. Setelah hampir 12 tahun kita gagal menjulang kejuaraan ini, akhirnya pada 27 Mac 2009 yang lalu, pasukan bola sepak sekolah kita telah ditabal selaku JUARA.

Berita terbaru telah dikemaskini pada 2 April 2009, khamis

Untuk menggapai kejayaan ini, pelbagai kesukaran telah berjaya ditempuhi oleh pasukan kita dengan cemerlangnya. Walaupun pada mulanya berasa 'perit' apabila diundi dalam pasukan 'MAUT', namun atas kesabaran dan kesungguhan para pemain, akhirnya impian menjadi kenyataan. Berikut adalah laluan kita hingga bergelar juara...
(Peringkat Kumpulan)
SKSS19 SUBANG JAYA ( 2 ) - SK. BANDAR SUNWAY ( 2 )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 6 ) - SK. SS17 SUBANG JAYA ( 0 )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 2 ) - SK. KAMPUNG LINDUNGAN ( 0 )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 1 ) - SK. SUBANG JAYA ( 0 )

(Separuh Akhir)
SKSS19 SUBANG JAYA ( 3 ) - SK. SRI SUBANG JAYA ( 0 )

( Akhir )
SKSS19 SUBANG JAYA ( 1 ) - SK. SUBANG JAYA (0 )

Bagi pihak pasukan bola sepak, ucapan terima kasih kepada, Puan Rukiah Muri, para GPK, rakan-rakan guru, serta Encik Zamry (YDP PIBG) dan En. Hassan (NYDP PIBG) kerana turut bersama pasukan bola sepak sekolah hingga beroleh kejayaan yang cukup bersejarah ini.
Tidak lupa juga , kepada para penaja pasukan seperti Puan Norazizah (jersey), En Mohamad Jaafar ( Bola sepak dan kelengkapan sukan), En. Hassan dan sesiapa sahaja yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung, ucapan berjuta terima kasih kami hulurkan.

Terbaru : Pasukan sekolah baru sahaja selesai mengharungi pusingan kedua di SK. Sri Serdang. Berikut adalah keputusannya..
SK.SS19 SUBANG JAYA (1) - SK. PUCHONG BATU 14 (1)
SK.SS19 SUBANG JAYA (1) - SK. PUCHONG UTAMA (2)
SK.SS19 SUBANG JAYA (1) - SK. SEAFIELD USJ 6 (1)

Sekalung tahniah kepada semua pemain dan mereka yang telah terlibat membantu pasukan sekolah..

4 ulasan:

  1. waahh..hebat2..tahniah kepada semua yer..

    BalasPadam
  2. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH. SEMOGA PASUKAN INI AKAN BEROLEH KEJAYAAN YANG LEBIH MANTOP........

    BalasPadam
  3. alamak apa jadi ngan pusingan dua tu... ish2 mesti ada 1 player yg hilang

    BalasPadam
  4. HIDUP SKSS19SJ...HIDUP

    BalasPadam