Mac 25, 2009

BELASUNGKAWA



Pada 22 Mac yang lalu (Ahad), Kementerian Pelajaran Malaysia , Sek. Keb. Seafield Usj 6 serta rakan-rakan guru telah kehilangan seorang guru, pendidik,rakan juga jurulatih eMis, iaitu Allahyarham Anuar Bin Mahadhir atau lebih dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai Anot.

Pemergian beliau dalam keadaan yang mengejutkan ini amat memilukan seluruh warga guru terutama guru-guru di sekitar Subang Jaya yang amat mengenali beliau sebagai seorang yang peramah, kelakar dan baik hati.

Oleh yang demikian, diharap rakan-rakan guru menyedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah buat Allayarham. Semoga roh beliau akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin.

Al- Fatihah............


Tiada ulasan:

Catat Ulasan