Januari 31, 2009

SELAMATKAN GAZA




Seluruh dunia dan segenap lapisan manusia berbicara bahawa kita telah mencapai satu tahap ketamadunan manusia yang tertinggi. Kecanggihan teknologi, ilmu pengetahuan yang tiada batasan, sumber ilmu diibaratkan bak langit terbuka dan macam-macam lagi. Begitulah hebatnya "Tamadun Unggul" yang dilaung-laungkan.

Malangnya.........,

Malangnya, dalam kehebatan dan kemajuan tamadun ini, ada segelintir manusia yang berpatah balik ke belakang dan menjadi manusia yang tidak beradab dan berperikemanusiaan. Atas apa dosa orang awam dan kanak-kanak malang dibunuh,ibu bapa kehilangan anak-anak, bayi kecil kehilangan anggota keluarga tersayang.

Malang bertambah malang apabila "kuasa besar" dunia melihat tragedi ini hanya sebelah mata. Atas kesedaran itulah, marilah kita bersama-sama bersatu memboikot Israel atas kebiadapan mereka melayan manusia tanpa menggunakan akal yang waras. Walaupun sekecil hama bantuan kita hulurkan kepada Palestin, namun inilah permulaan perjuangan kita dan selemah-lemah iman manusia... Wallahua'llam..

3 ulasan:

  1. hairan...mana Amerika Syarikat "Polis Dunia" menghilang... Apakah keadilan yang ingin disuarakan oleh Amerika sebenarnya.. OIC pula, mainlah peranan...ishhh geram betul...

    BalasPadam
  2. Dimanakah anda wahai Amerika Syarikat merangkap "Polis Dunia". Bertindaklah demi keadilan tanpa mengira siapa jua...

    BalasPadam
  3. He..he.. ni yang teman malas nak komen...buat sakit aje.. Bior lah.. sampai masanya.. tahulah kome semua...

    BalasPadam