Mei 12, 2009

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Roslan Sadry


Pada 11 Mei 2009 yang lalu, kita warga petaling dikejutkan lagi dengan satu berita pemergian Allahyarham Roslan Sadry. Belia adalah seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama, PPDU ( Unit ICT dan Data ). Beliau dahulunya sebelum berkhidmat dengan PPDU adalah seorang yang bergiat aktif dalam team Jurulatih Utama ICT ( JUICT ) daerah Petaling.

Semasa beliau bersama dengan team JUICT, beliau banyak membantu guru-guru dan seluruh warga pendidik daerah petaling dalam menjayakan program ICT sekolah dan daerah. Beliau adalah seorang yang amat mahir dalam urusan networking. Setelah sekian lama beliau menyumbang bakti di sekolah dan bersama dengan team JUICT, khidmat beliau diperlukan untuk membantu PPD Petaling Utama. Beliau ditepatkan di Unit ICT dan Data dan memang bertepatan dengan minat dan kemahiran yang ada pada beliau.

Namun apa khudrat kita untuk melawan kehendak Yang Maha Kuasa, Beliau dijemput oleh Allah SWT pada pagi 11 Mei 2009 di Pusat Perubatan Universiti Melaya. Kami warga petaling amat bersedih dan terasa akan kehilangan Allahyarham. Rakan-rakan JUICT juga turut bersedih dan terasa kehilangan seorang sahabat dan rakan yang baik dan suka membantu rakan-rakan. Kami juga mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham atas permergian Allahyarham.

Al-Fatihah buat Allahyarham dan kita sama-sama berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat syafaat dari Yang Maha Kuasa.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan