Menyahut cabaran bagi melahirkan murid-murid yang berkualiti, pihak sekolah telah menggerakkan semua guru bagi menjayakan
Program Akademik Terbilang Negeri Selangor (PATS). Objektif PATS ini adalah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan selain mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Dalam program ini, 3P merupakan hala tuju bagi merealisasikan objektif yang digariskan. 3P ini merujuk kepada
Program Pemulihan,Pengukuhan dan Pengayaan. Murid-murid Tahun 5 dan 6 serta murid-murid GALUS akan diberi perhatian utama. Oleh itu, guru-guru......
Oleh itu, guru-guru yang terlibat akan diberikan 'anak angkat' dalam jumlah yang kecil dan guru-guru ini diminta membantu murid-murid menguasai mata pelajaran yang lemah. Dengan perhatian khusus yang diberikan, amatlah diharapkan agar satu keputusan yang lebih membanggakan akan tercatat pada tahun ini.
Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis bermula 1.00 petang hingga 1.30 petang.Kepada semua guru yang terlibat, syabas diucapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan