Mei 30, 2009

TEKNIK PEMARKAHAN

Hari ini, 30 Mei 2009, Sabtu, guru-guru telah hadir ke sekolah bagi mengikuti LADAP kali ke-3 yang bertajuk "Teknik Pemarkahan Yang Tepat". Beberapa orang guru pakar seperti Encik Azizul Shah, Puan Viola Tan, Puan Santhe, Puan Rohaya, Puan Choi dan Puan Chelvee telah menjelaskan secara terperinci teknik pemarkahan kepada guru-guru.

Semoga kemahiran yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan murid-murid kita semua.

JOM BELAJAR BAHASA INGGERIS

Marilah kita rehatkan minda dengan menonton drama sebabak ni.. kelakar betullll......layannnn





Mei 28, 2009

HEADCOUNT DAN SIST. ANALISA PEPERIKSAAN (LADAP)

Sehari selepas Sambutan Hari Guru,iaitu pada 23 Mei 09 (Sabtu) pula, guru-guru telah hadir ke sekolah untuk mengikuti Program LADAP. Pada kali ini, tiga penerangan penting tentang SAP, Headcount dan SMM telah dijelaskan oleh dua orang guru pakar iaitu En. Mustaffal Murughi dan En. Halim Hashim. Syabas kepada semua guru.



Mei 26, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Antara persembahan yang diadakan semasa Sambutan Hari Guru.
Turut hadir adalah YDP PIBG serta beberapa orang AJK, dan
Puan Zarina Zainuddin

Pasukan guru dan murid yang bertanding dalam
perlawanan Futsal dan Bola Jaring

Suasana ceria semasa Sambutan Hari Guru
Guru-guru mendapat hadiah daripada murid-murid. Siapakah
guru yang mendapat hadiah paling banyak ???

Bersalam-salaman boleh mengeratkan hubungan antara guru dan murid

Pada 22 Mei yang lalu, SKSS19 Subang Jaya telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah. Sambutan pada tahun ini merupakan antara yang meriah pernah diadakan. Guru besar, PIBG, Guru Penolong Kanan, Guru-guru serta murid-murid begitu 'sporting' dalam menjayakan hari yang cukup besar ertinya kepada guru dan murid.

Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa Sambutan Hari Guru seperti perlawanan futsal serta bola jaring antara guru dan murid (kedua-duanya dimenangi oleh pasukan guru), sukaneka, persembahan murid, karaoke, serta penampilan istimewa Puan Zarina Zainuddin yang mendendangkan sebuah lagu joget buat semua warga SKSS19 Subang Jaya.

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR-GAMBAR YANG LEBIH MENARIK




SEMAK PERTUKARAN GURU DAN KEPUTUSAN PTK



Guru-guru boleh menyemak keputusan Pertukaran guru dan Keputusan PTK di sini.
KLIK PADA GAMBAR





Mei 18, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN


Keputusan PTK telah diumumkan pada 18 Mei 2009. Seramai lima orang guru telah lulus dengan cemerlang. Tahniah diucapkan.Kepada yang lain, teruskan berusaha..



PROGRAM AKADEMIK TERBILANG NEGERI SELANGOR

Menyahut cabaran bagi melahirkan murid-murid yang berkualiti, pihak sekolah telah menggerakkan semua guru bagi menjayakan Program Akademik Terbilang Negeri Selangor (PATS). Objektif PATS ini adalah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan selain mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.

Dalam program ini, 3P merupakan hala tuju bagi merealisasikan objektif yang digariskan. 3P ini merujuk kepada Program Pemulihan,Pengukuhan dan Pengayaan. Murid-murid Tahun 5 dan 6 serta murid-murid GALUS akan diberi perhatian utama. Oleh itu, guru-guru......


Oleh itu, guru-guru yang terlibat akan diberikan 'anak angkat' dalam jumlah yang kecil dan guru-guru ini diminta membantu murid-murid menguasai mata pelajaran yang lemah. Dengan perhatian khusus yang diberikan, amatlah diharapkan agar satu keputusan yang lebih membanggakan akan tercatat pada tahun ini.

Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis bermula 1.00 petang hingga 1.30 petang.Kepada semua guru yang terlibat, syabas diucapkan.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Pada 16 Mei 09 yang lalu, Panitia Agama Islam dengan dibantu oleh guru-guru beragama islam telah menganjurkan Kem Bestari Solat kepada murid-murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Semoga niat suci ini akan membantu murid-murid memahami cara-cara bersolat dan sebagainya.




murid-murid sedang melakukan amali solat
sambil dibimbing oleh guru-guru


.

Mei 12, 2009

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Roslan Sadry


Pada 11 Mei 2009 yang lalu, kita warga petaling dikejutkan lagi dengan satu berita pemergian Allahyarham Roslan Sadry. Belia adalah seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama, PPDU ( Unit ICT dan Data ). Beliau dahulunya sebelum berkhidmat dengan PPDU adalah seorang yang bergiat aktif dalam team Jurulatih Utama ICT ( JUICT ) daerah Petaling.

Semasa beliau bersama dengan team JUICT, beliau banyak membantu guru-guru dan seluruh warga pendidik daerah petaling dalam menjayakan program ICT sekolah dan daerah. Beliau adalah seorang yang amat mahir dalam urusan networking. Setelah sekian lama beliau menyumbang bakti di sekolah dan bersama dengan team JUICT, khidmat beliau diperlukan untuk membantu PPD Petaling Utama. Beliau ditepatkan di Unit ICT dan Data dan memang bertepatan dengan minat dan kemahiran yang ada pada beliau.

Namun apa khudrat kita untuk melawan kehendak Yang Maha Kuasa, Beliau dijemput oleh Allah SWT pada pagi 11 Mei 2009 di Pusat Perubatan Universiti Melaya. Kami warga petaling amat bersedih dan terasa akan kehilangan Allahyarham. Rakan-rakan JUICT juga turut bersedih dan terasa kehilangan seorang sahabat dan rakan yang baik dan suka membantu rakan-rakan. Kami juga mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham atas permergian Allahyarham.

Al-Fatihah buat Allahyarham dan kita sama-sama berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat syafaat dari Yang Maha Kuasa.

Al-Fatihah.

Mei 11, 2009

KERATAN AKHBAR

Ramai atlit sekolah kita yang berbakat. Lihat sahaja paparan di atas. Sharizah Shuhaimie antara yang cukup berbakat apabila mewakili Daerah Petaling Perdana ke Pertandingan Boling Peringkat Negeri yang diadakan baru-baru ini. Semoga bakat-bakat kecil ini akan terus menyinar dan mewakili negara suatu hari nanti. Insyaallah......

Kepada murid-murid yang lain, anda juga boleh berjaya seperti Sharizah dan yang lain. Apa yang penting, setiap kejayaan itu memerlukan sedikit pengorbanan tenaga dan usaha. Jadi, ayuh berusaha dan jangan berputus asa...