Julai 14, 2008

TUNAS MINI OLIMPIK




Bermula 9 Julai sehingga 11 Julai yang lalu, pasukan bola sepak tunas mini olimpik SKSS19 Subang Jaya telah berkampung di SK. Seksyen 27 Shah Alam. Pertandingan Mini Olimpik (Bola sepak) ini telah disertai seramai 47 buah pasukan yang terdiri daripada sekolah-sekolah dalam daerah Petaling Perdana.

Perlawanan diadakan secara liga mengikut kumpulan. Sebanyak 6 pasukan dalam satu kumpulan. Pasukan SKSS19 Subang Jaya telah diletakkan bersama SK. Sri Selangor, SK. Tmn Universiti, SK.Bandar Puchong 1, SK. TTDI Jaya dan SK. Syeksyen 6. Dalam kumpulan ini, kita telah muncul sebagai Johan Kumpulan.

Fasa kedua sebanyak 16 pasukan telah memasuki pusingan suku akhir. Pertandingan suku akhir ini dijalankan secara liga dengan empat pasukan dalam satu kumpulan dan hanya pasukan teratas sahaja layak ke pusingan separuh akhir. Sekali lagi pasukan kita menjadi juara kumpulan.

Di peringkat separuh akhir pula, pasukan sekolah telah bertemu dengan pasukan dari SK.Seksyen 24 Shah Alam. Perlawanan yang sengit dan mendebarkan ini telah dimenangi pasukan kita dengan jaringan 3 berbalas 1. Perlawanan akhir adalah antara pasukan kita menentang SK.Bdr Anggerik (Juara Bertahan). Walaupun kita kalah 0-1, namun pasukan kita telah menunjukkan satu permainan yang amat menarik dan mengagumkan.

Kejayaan ini lebih manis apabila ini merupakan penyertaan kali pertama dalam pertandingan Mini Olimpik. Selain itu, pemain penyerang Rafieaddin (4RM) telah muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 12 gol dan 3 daripadanya adalah hatrik.

Tahniah diucapkan.........

Lihat gambar seterusnya.....(klik........)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan