November 28, 2009

RAKAN KITA TELAH TERCEDERA

Antara guru yang telah menziarahi rakan kita di hospital

Satu kemalangan telah berlaku di sekolah sebelum cuti persekolahan yang lalu. Seorang murid telah mendapat kecederaan yang agak parah pada bahagian kakinya. Semuanya gara-gara terjatuh dalam longkang. Pihak sekolah berasa amat dukacita atas kejadian yang menimpa rakan kita ini


Kecederaan yang dialami oleh beliau

Bagi membantu rakan kita ini, pihak sekolah telah mengadakan kutipan kilat dan semua guru serta murid membantu dengan menghulurkan derma.Harapan pihak sekolah, semoga rakan kita ini akan cepat sembuh untuk memulakan sesi persekolahan 2010. Pada masa yang sama, kepada semua murid dinasihati agar lebih berhati-hati kerana "Malang Tidak Berbau"

4 ulasan:

  1. kesiannya........
    berhati-hati ye kawan-kawan

    BalasPadam
  2. kami semua mendoakan saudari cepat sembuh..

    BalasPadam
  3. baguslah buat lawatan dan derma kilat tu..
    Semoga amalan ini akan berterusan hendaknya

    BalasPadam