Mac 30, 2008

SUKANTARA SEMPENA TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2008










Sukan Tahunan Sek. Keb. SS19 Subang Jaya akan diadakan pada 6 April 2008, Ahad (surat siaran belum dikeluarkan setakat ini) bertempat di padang sekolah SKSS19 Subang Jaya. Sebelum itu pelbagai acara telah dijalankan seperti latihan rumah sukan, sukantara dan acara saringan. Berikut adalah antara aktiviti yang telah diadakan.
* P/S : Sekolah akan bercuti pada 7 April 2008 (Isnin)

Mac 22, 2008

GAMBAR SEKITAR MOTIVASI PENGAWAS


Gambar-gambar 'candid' semasa aktiviti motivasi

Mac 20, 2008

KURSUS MOTIVASI PENGAWAS 2008




Pada 1 Mac yang lalu, Lembaga Disiplin dan Pengawas, Pusat Sumber Sekolah dan Briged Siber SKSS19 Subang Jaya telah menjalankan satu program motivasi kepada semua pengawas sekolah. Pelbagai progaram telah diatur sepanjang aktiviti ini dijalankan.


Antara program yang telah dijalankan ialah motivasi, kerja dalam kumpulan, persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tujuan diadakan program motivasi ini adalah untuk melahirkan pengawas yang berani, berdisiplin, bekerjasama dan berketrampilan. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya mencungkil beberapa orang murid yang berbakat dalam kepimpinan.


Acara kemuncak program motivasi ini ialah pengumuman ketua dan barisan kepimpinan pengawas sekolah 2008 oleh Puan Rukiah Bt Muri.

Mac 11, 2008

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH





Baru-baru ini, pasukan sepak takraw SKSS19 Subang Jaya telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Petaling . Sebanyak 2 pasukan dengan dibarisi seramai 9 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6, telah membawa dan mengharumkan nama sekolah.Encik Azizul Shah dan Encik Zaidi telah memikul tanggungjawab sebagai jurulatih. Pertandingan ini telah diadakan di Kompleks Sukan, Puchong.




Dalam pertandingan ini, pasukan kita telah berjaya merangkul tempat Ketiga daripada 64 buah pasukan. Selain itu, Nasrullah Bin Nazri telah terpilih untuk mewakili pasukan daerah ke peringkat negeri. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya.

Mac 04, 2008

MESYUARAT AGONG PIBG SKSS19SJ KALI KE-18




Pada hari Sabtu, bersamaan 23 Februari 2008 telah diadakan Mesyuarat Agong PIBG SKSS19SJ kali ke-18. Pada mesyuarat kali ini kehadiran para ibu bapa amat menggalakkan.


Pelbagai isu dan idea telah dibincangkan secara terbuka dengan tujuan memperkasa persatuan dan sekolah. Setiap masalah yang dibangkitkan berjaya diselesaikan oleh barisan ahli jawatankuasa PIBG mahu pun pihak pentadbiran sekolah.


Mesyuarat juga telah sebulat suara melantik ahli jawatankuasa baru bagi menerajui PIBG sesi 2008/2009. Barisan ahli jawatankuasa PIBG 2008/2009 adalah seperti berikut :


Penasihat : Puan Rukiah Bt. Muri

Yang Dipertua : Encik Moennudin Bin Mohd
Naib Yang Dipertua : Encik Zulkifli B. Ahmad
Setiausaha : Encik Fadhlie Bin Che Kob (guru)
Bendahari : Puan Rodhiah Bt. Halimi (guru)

Ahli jawatankuasa :
1) Puan Rahimah Bt. Abd. Jalil (Ajk Ibu bapa)
2) Puan Nor Aidah Bt. Baharudin (Ajk Ibu bapa)
3) Puan Norazizah Bt. Basar (Ajk Ibu bapa)
4) Encik Khairul Anuar Bt Abdullah (Ajk Ibu bapa)
5)Encik Zamry Fareed Mohd Norden (Ajk Ibu bapa)
6) Encik Tarlochan Singh Dhaliwal (Ajk Ibu bapa)
7)En. Mohd Fauzi Bin Ahmad (guru)
8)En. Mohd Sharul Nizam B. Mohd Yusop (guru)
9)Pn. Puah Siew Khuan (guru)
10) Pn. Tamil Chelvee (guru)
11)Puan Nazli Bt Ariffin (guru)
12) Puan Anariza Bt Mohd Sabri
Juru Audit
1) Encik Mustaffa Mohamed Khalid
2) Encik Jauhari Rizal Mijim Abdullah