Oktober 30, 2009

TERIMA KASIH SYARIKAT NESTLE

Murid-murid gembira menikmati keenakan Koko Krunch

29 Oktober 2009, Syarikat Nestle Sdn. Bhd telah datang ke sekolah kita bagi berkongsi dengan murid-murid keenakan rasa Koko Krunch. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat Nestle yang sudi berkongsi rasa dengan murid-murid sekolah ini.
Syabas Nestle........



Oktober 27, 2009

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN MENYUSUL

Selepas selesai sahaja Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 4, pada hari Selasa yang lalu, sekolah telah menjadi semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bukan sahaja guru-guru terpaksa mengejar masa bagi menanda kertas peperiksaan murid, serta menyiapkan laporan pada akhir tahun ini, malah aktivit-aktiviti penting juga telah diatur khusus kepada murid.

Bermula 27 Oktober 2009, satu aktiviti perkhemahan yang dikenali sebagai Kem 1 Malaysia akan diadakan sehingga hari Jumaat ini iaitu pada 30 Oktober 2009.Kem ini melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 6, yang berbilang bangsa serta agama. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancang buat murid-murid ini. Kepada guru-guru yang terlibat, selamat bermalam di sekolah dan selamat bertugas.



Berikutnya, pada 2 Nov sehingga 6 Nov 2009, akan diadakan pula Pertandingan Futsal bagi murid-murid Tahun 4-6. Pertandingan ini diadakan sebagai cara bagi mengeratkan hubungan antara murid, membina otot dan badan yang sihat serta memilih pemain-pemain hebat bagi mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak pada tahun hadapan.Pertandingan ini hanya akan berlangsung bermula 8.00 pagi dan berakhir 10.00 pagi bagi memberi laluan kepada murid-murid membuat latihan bagi aktiviti aerobikton.Jadi, selamat berjuang kepada semua pemain futsal.



Pada 11 November 2009 pula, aktiviti Klinik Bola Sepak akan diadakan selama sehari bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Klinik bola sepak ini melibatkan murid-murid tahun 3 hingga 6 iaitu seramai 150 orang. Dalam program ini, murid-murid akan didedahkan dengan teknik bermain bola sepak yang betul seperti menendang , membuat hantaran jarak dekat dan jauh, menggelecek, membuat jaringan, menanduk dan lain-lain. Terima kasih kepada PPD Petaling Perdana yang membiayai program ini. Oleh itu, kepada semua murid, bersemangatlah menuntut ilmu bola sepak.



PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 4


Bermula pada 21 Oktober hingga 27 Oktober 2009, murid-murid SK. SS19 Subang Jaya telah menduduki PKSR 4 yang akan menentukan kedudukan kelas mereka pada tahun 2010. Pihak sekolah mendoakan agar semua murid akan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Apa yang penting, berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Kemudian disusuli dengan doa kepada tuhan.Berdoalah semoga kalian menjadi murid yang bukan sahaja cemerlang, malah gemilang serta terbilang.




Oktober 17, 2009

MESYUARAT GURU


Pihak pentadbir serta para guru dan kakitangan telah bermesyuarat bagi melicinkan perjalanan beberapa aktiviti yang akan dianjurkan selepas ini. Dalam mesyuarat yang diadakan ini, guru besar telah menjelaskan tentang tugasan berkaitan ;
1. Program Aerobikton
2. Hari Anugerah Cemerlang

Para guru serta kakitangan sekolah telah mendapat tugasan masing-masing serta penjelasan terperinci tentang tugasan daripada guru besar. Semoga senua arahan yang diberikan ini dapat disempurnakan oleh semua dengan cemerlang. Insyaallah.......

1 Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'



Oktober 16, 2009

LADAP - STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)

Wakil PPD Petaling Perdana
'melawat' Program Ladap SK. SS19 Subang Jaya

Kementerian pelajaran telah memperkenalkan Pogram SEGAK, yang dijalankan terhadap murid di Tahun 3 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga 5. Program ini adalah antara lain bertujuan memastikan setiap murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

Antara ujian yang dijalankan dalam program ini adalah;

1. Naik turun bangku( 3 MINIT )

2. Tekan tubi( 1 MINIT )

3. Ringkuk tubi separa

4. Jangkauan melunjur

Bagi memastikan program ini dijalankan dengan jayanya, satu latihan dalam perkhidmatan telah diadakan kepada semua guru. Kerjasama semua guru amat dikagumi. Tahniah kepada semua.

Klik di sini untuk mengetahui dengan terperinci Program Segak



LADAP - BENGKEL PENGURUSAN STRESS DI TEMPAT KERJA DAN KESIHATAN (OBESITI)

Cenderamata daripada sekolah buat dua orang
penceramah baik hati yang sudi berkongsi ilmu


Gambar guru-guru lelaki ini tiada kena-mengena
dengan masalah obesiti yang dihadapi Rakyat Malaysia
Harap Maklum!!!


Selaras dengan tuntutan kerja yang semakin bertambah, guru-guru sering tertekan dan ditekan dengan bebanan kerja yang kadang-kadang hadir tidak mengira waktu dan ketika. Namun atas apa jua alasan, sebagai guru yang bertanggungjawab, setiap kerja perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Begitu juga dengan "Tsunami Obesiti" terhadap kesihatan rakyat Malaysia yang semakin serius, maka guru-guru harus berhati-hati dan menjaga kesihatan agar kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Atas kesedaran itu, pihak sekolah telah menganjurkan satu bengkel Cara-cara Menguruskan Stress dan Kesihatan pada 3 Oktober 2009 yang lalu.Ceramah berkaitan pengurusan stress telah disampaikan dengan cemerlang oleh Cikgu Rahman manakala Ceramah Obesiti pula telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Nasir, doktor dari Klinik Dr. Rosli.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah yang hebat ini.

Antara yang menarik perhatian dalam bengkel yang diadakan ini, adalah senaman Qi Qong. Senaman yang lahir dari Tanah Besar China ini mempunyai banyak rahsianya. Sejarahnya juga sangat menarik dan....

Sejarahnya juga sangat menarik dan anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat agar dapat merasai segala kebaikkannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik

sejarah dan kebaikan Qi Qong