Jun 30, 2010

IKON SUKAN SK SS19 SUBANG JAYA

Sejuta tahniah dan penghargaan kita ucapkan kepada adik Rafieaddin Bin Zulkifli (murid tahun 6 RM) yang telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya menjulang nama sekolah dalam bidang sukan sepak takraw..

Beliau yang begitu berdisiplin telah berjaya mengetuai pasukan sekolah sehingga muncul Naib Johan Daerah Petaling Perdana seterusnya layak mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.Beliau juga dipilih sebagai Apit Kiri Terbaik Negeri Selangor.

Di Peringkat Kebangsaan, sekali lagi, beliau mengharumkan nama sekolah dengan membantu Selangor muncul Tempat Ketiga dengan cemerlang...

Tidak dilupakan kepada Guru Besar, Puan Rukiah Bt Muri dan para pentadbir yang banyak membantu dari aspek kewangan, nasihat dan kata-kata semangat tanpa mengira masa. Seterusnya kepada insan dibelakang tabir iaitu Jurulatih Sepak Takraw sekolah yang berjaya membimbing Rafieaddin dengan jbegitu cemerlang . Sekalung Terima Kasih kita ucapkan buat Cikgu Azizul Shah yang menggilap bakat Rafieaddin sejak dari Tahun 3 lagi.

Tahniah diucapkan.. Kami warga SK. SS19 Subang Jaya amat berbangga dengan kejayaan manis ini.

Jun 03, 2010

TAHNIAH - TOKOH GURU NEGERI SELANGOR 2010


Pada tanggal 27 Mei 2010 yang lalu, ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor diadakan, Mantan Guru Besar SK SS19 Subang Jaya, Encik Ramlan Harun telah dianugerahkan Tokoh Guru Negeri Selangor 2010.

Sebagai warga sekolah, kita turut gembira serta bangga atas pemilihan beliau sebagai salah seorang Tokoh Guru Negeri Selangor 2010. Semoga kejayaan beliau ini akan menyemarakkan lagi semnagat para guru, murid-murid serta ibu bapa untuk turut berusaha mencapai kejayaan tertinggi mengikut bidang masing-masing.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Encik Ramlan Bin Harun

Jun 01, 2010

PASUKAN BOLA SEPAK PETALING PERDANA JUARA BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN NEGERI SELANGOR





Klik pada gambar untuk aplikasi zoom

Tiada kata-kata manis yang sesuai untuk digambarkan apabila Pasukan Bola Sepak Daerah Petaling Perdana telah berjaya mempertahankan kejuaraan selaku Johan Bola Sepak Negeri Selangor Bawah 12 Tahun. Kejayaan ini bertambah manis apabila salah seorang murid kita FAUZAN ARIF BIN MUSTAFA REZA adalah salah seorang anggota pasukan yang turut menyumbang atas kejayaan ini.

Selain Fauzan Arif, selaku tuan rumah, tiga orang guru kita telah dipertanggungjawabkansebagai ahli pasukan dan merupakan antara orang penting bagi skuad bola sepak ini. Guru-guru tersebut ialah :
1. Cikgu Sharul Nizam Bin Mohd Yusop (Pengurus Pasukan)
2. Cikgu Fauzi Bin Ahmad (Pen. Pengurus Pasukan)
3. Cikgu Ahmad Atiqi B Mahadi (Ketua Fisioterapi)

Pasukan ini di bawah bimbingan Ustaz Nasir(SK Bdr Anggerik), Cikgu Amin (SK SS17 Subang Jaya), Cikgu Zainuri(SK Puchong Utama 2), Cikgu Zaidi (SK Subang Bestari) dan Cikgu Haizul (SK Raja Muda) telah berjaya muncul sebagai juara kumpulan bagi pusingan pertama dan kedua. Selepas itu pada peringkat akhir, pasukan hebat ini berjaya menundukkan pasukan dari Kuala Langat dengan jaringan 1-0.

Tidak dilupakan ialah insan-insan di belakang tabir yang banyak membantu sekolah dalam memastikan latihan pusat serta persediaan pasukan ini sentiasa tiada masalah atau halangan. Mereka yang dimaksudkan ialah
1. Puan Guru Besar ( Puan Rukiah Muri)
2. Puan Ghwee Geok Choo ( GPK Kokurikulum)
3. YDP PIBG Encik Junaidi Kamari
4. Puan Marina
5. Encik Mustafa Akbar Reza dan isteri
6. Dato' Kamal Harun ( F&N Baverages)
7. Encik Rizal ( F&N Baverages)

Syabas diucapkan kepada semua.

Mei 14, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


TEMA HARI GURU 2010 :
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.







Perutusan Hari Guru 2010 oleh Yg. Bhg Tan Sri KPPM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasehi sekelian.

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010 kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Baca Perutusan Hari Guru 2010 oleh Yg. Bhg Tan Sri KPPM selengkapnya

Mei 02, 2010

SUKAN TAHUNAN KALI KE-14A

Lebih banyak gambar sukan akan dimuatnaik selepas ini...





Klik pada gambar untuk aplikasi zoom

April 27, 2010

PROSES MENANAM UBAT ANAI-ANAI

Bagi memastikan tahap keselamatan murid terjamin, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengawal pembiakan dan kemusnahan akibat anai-anai. Untuk itu, satu pasukan pembunuh anai-anai telah diupah bagi memusnahkan tempat pembiakan anai-anai dengan menanam racun pembunuh. Semoga sekolah kita akan terus berkekalan hendaknya.
Klik pada gambar untuk aplikasi zoom


PELAKSANAAN PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAEDAH PELAKSANAAN PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA T...

Anda boleh membaca pekeliling di sini


LATIHAN KEBAKARAN KALI KE-2


Klik pada gambar untuk aplikasi zoom




Klik pada gambar untuk aplikasi zoom

Pada hari ini, sekali lagi sekolah kita telah mengadakan latihan kebakaran sempena Minggu Keselamatan di bawah kelolaan Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pasukan bomba dan penyelamat yang telah memberi kerjasama erat bagi menjayakan program ini.



April 23, 2010

NAIK GAJI ?

duit..duit
Artikel ini adalah diambil daripada laman web PKG-Puchong
Pendapat / Pandangan/ Penulisan ini adalah dari kaca mata penulis sahaja. Tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

Posted by admin in Featured Articles, PKG on April 23rd, 2010 | one response

Oleh WAHID HASHIM (pendidikan@utusan.com.my)

DENGAN doa dan harapan oleh para guru, maka hasrat untuk menerima `tambahan sedikit rezeki’ nampaknya akan menjadi kenyataan pada tahun ini, atau bermula tahun depan. Mungkin ia dalam bentuk pelarasan gaji guru dengan apa yang dinikmati oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Namun begitu, mungkin ada tanggungajwab tambahan kepada guru. Kita tunggu sahaja pengumumannya, kemungkinan besar pada tanggal 16 Mei di Kuantan, Pahang.

Bilangan guru yang sekarang sudah mencecah 400,000 sebenarnya memerlukan rombakan minda, selain daripada peranan yang lebih releven – supaya penyelarasan gaji itu dilihat bukan untuk mengkayakan guru, tetapi memartabatkan profesion itu.

Guru pula perlu ikhlas, bukan kosmetik atau mencukupkan jam kerja. Kalau waktu kerja ditambah lagi, maka bersedialah untuk berbuat demikian secara optimum.

Kini kita mendengar banyak isu tentang ketidakcekapan pengurusan dan komunikasi yang menimpa sekolah. Sekolah terhutang wang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terpaksa menanggung hutang ratusan ribu untuk membina bangunan tambahan seperti surau dan sebagainya.

Guru besar perlu tahu batas kemampuan mereka, dan risiko jika tersalah langkah ketika hendak berurusan dengan hal berkaitan wang. Ada kalanya penderma bermurah hati mahu mendahulukan wang, tetapi berakhir dengan pergaduhan, bermasam muka kerana hutang tidak terbayar.

Kita telah mendengar pelbagai cadangan strategik untuk membantu pihak sekolah mengurus sekolah secara yang lebih berkesan.

Imej dan reputasi profesion itu juga perlu diperbaiki supaya lebih ramai profesional yang mahu menceburi bidang itu sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Satu rumus luar biasa perlu difikirkan supaya proses mendidik anak-anak warisan bangsa ini terus menjadi agenda utama negara. Sebagai contoh, mungkin profesional yang secara sukarela mahu menjadi guru dibenarkan berbuat demikian dengan syarat gaji mereka dikekalkan sepertimana mereka di tempat asal.

Mungkin tidak salah kalau dilebihkan gaji mereka, sepertimana yang berlaku jika profesional melompat ke syarikat lain. Mungkin mereka boleh memegang jawatan tertinggi sekolah seperti pengetua, penolong kanan atau guru panitia, saya pasti ramai yang bakal berminat menjadi guru kalau keterbukaan terhadap profesion yang mulia itu mencapai tahap yang saya makudkan.

Mungkin belum diamalkan di mana-mana bahagian dunia, Malaysia boleh memulakan cadangan itu.

Bayangkan kalau ketua pegawai eksekutif (CEO) memohon menjadi guru dengan gaji yang sama! Pasti kita akan melihat revolusi budaya kerja dan wajah sekolah itu.

Portal Pendidikan Utusan: 21 April 2010

April 22, 2010

GOTONG-ROYONG PIBG 2010

Baru-baru ini, PIBG sekolah telah berjaya menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada ibu bapa yang hadir membantu dengan semangat yang tinggi.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

klik pada gambar untuk aplikasi zoom





April 21, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

klik pada gambar untuk aplikasi zoom

Murid-murid berkumpul di padang serbaguna


Pn Kang dan pasukannya yang "rentung


Guru-guru sedang melakukan semakan bagi
mengenal pasti murid yang "rentung"


Murid-murid sedang mendengar taklimat keselamatan
yang disampaikan oleh para guru


Demi menjaga keselamatan semua warga sekolah, satu latihan kebakaran telah diadakan baru-baru ini. Latihan ini telah diadakan secara mengejut bagai mengaplikasikan suasana sebenar sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Hampir keseluruhan warga sekolah telah berjaya menyelamatkan diri dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Namun begitu, ada segelintir warga sekolah yang gagal diselamatkan dalam latihan ini disebabkan tidak dapat mendengar bunyi loceng kecemasan kerana berada di makmal komputer.



PASUKAN SEPAK TAKRAW MENCATAT SATU LAGI SEJARAH


Johan dan Naib Johan bergambar bersama


Klik pada gambar untuk aplikasi zoom

Pasukan Sepak takraw sekolah telah mencatat sejarah tersendiri apabila muncul Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Petaling Perdana. Pertandingan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Bestari dengan penyertaan sebanyak 64 buah pasukan. Syabas diucapkan kepada semua pemain dan jururlatih pasukan yang berjaya menjulang kemenangan bermakna ini.

Senarai Pemain
1) Mohd Rafieaddin
2) Mohd Redzuan
3) Mohd Farhan
4) Mohd Fazril

Jurulatih/Pengurus Pasukan
1) Encik azizul Shah Abd Rahman
2) Encik Zaidi Bin Rajuli
3) Encik Azley Suhaire Suhaimi


Klik pada gambar untuk aplikasi zoom


Klik pada gambar untuk aplikasi zoom


Mohd Rafieaddin dan Mohd Redzuan terpilih mewakili daerah

Lebih banyak gambar di sini




April 20, 2010

PERTANDINGAN BOLA JARING PIALA SRI NONA

Pada hari yang sama turut diadakan Pertandingan Bola Jaring Piala Sri Nona.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat. Syabas untuk semua.


klik pada gambar untuk aplikasi zoom

klik pada gambar untuk aplikasi zoom

klik pada gambar untuk aplikasi zoom