April 25, 2012

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT




 Saban hari, kita sering dikejutkan dengan beberapa kejadian menyayat hati apabila kejadian kebakaransering kali mengorbankan ramai nyawa yang tidak berdosa. Sesungguhnya, segala yang berlaku , pasti akan dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan diambil segera .

Menyedari hakikat itu,  pihak sekolah serta  Pasukan Bomba dan Penyelamat, telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan latihan menghadapi kebakaran bersama-sama. Dalam aktiviti ini, para guru dan pelajar diajar langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi apabila berlaku kejadian kebakaran. 

Hasil latihan dan tunjuk ajar daripada pihak bomba dan penyelamat, guru-guru telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejadian kebakaran yang biasanya berlaku secara mengejut. Latihan demi latihan telah dilakukan bersama-sama murid . Kemuncaknya, hari ini 24 April 2012, sekitar jam 9.00 pagi, latihan kebakaran dilakukan lagi secara mengejut dengan kehadiran serta pemantauan daripada pihak bomba dan penyelamat sendiri. 

Kesimpulannya, warga SKSS19 Subang Jaya, telah berjaya menjalankan latihan kebakaran ini serta mendapat pujian daripada pihak bomba. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Pihak Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.







TERIMA KASIH DAUN KELADI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan