Jun 14, 2008

MAJLIS PERPISAHAN PUAN ALIMAH BT. MOHD TAIB


Pada tanggal 13 Jun yang lalu, merupakan hari terakhir buat Puan Alimah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan HEM di SK. SS19 Subang Jaya. Bermula 16 Jun 2008, beliau akan memulakan tugas baru di Sek. Keb. Seksyen 20 Shah Alam.

Puan Alimah telah berkhidmat di sekolah ini hampir 2 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau telah banyak membantu pentadbir, khususnya Guru Besar dalam menjalankan tugas berkaitan hal ehwal murid. Warga sekolah ini menyanjung tinggi atas bakti beliau di sekolah ini.

Akhir kata, semoga kata-kata "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" yang sering beliau ucapkan akan menjadi azimat buat beliau ketika berkhidmat di tempat baru. Kami warga sekolah berharap agar Puan Alimah sentiasa sihat dan berjaya walau di mana sahaja.

"Selamat Berjuang & Selamat Berjaya"
Drpd: Warga Kerja SK.SS19 Subang Jaya