September 16, 2008

MOTIVASI DIRI


13 September 2008, bertempat di Bilik ICT telah diadakan satu lagi Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran PPD Petaling untuk guru-guru SKSS19 Subang Jaya. Kaunselor dari Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz, Shah Alam iaitu En. Shamsul Bahrin B. Harun telah menyampaikan motivasi tersebut.

Dengan pengalaman luas sebagai kaunselor, beliau telah menjelaskan dengan terperinci cara-cara menangani stress dengan betul. Guru-guru yang mengikuti program ini juga amat berpuas hati dengan penyampaian beliau yang amat bersahaja.

Semoga program motivasi ini akan membantu guru mengawal emosi semasa berhadapan dengan pelbagai karenah murid-murid. Secara tidak langsung, akan lahirlah guru yang berkualiti, cemerlang dan terbilang... InsyaAllah.

September 11, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN




Pada 10 September 2008, Rabu, satu Bengkel Kemahiran ICT telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah. Bengkel ini bertujuan mendedahkan guru-guru kepada pengetahuan berkaitan Aplikasi Microsoft Word dan Excel.

Hampir semua guru telah terlibat dalam bengkel ini. Penyelaras Makmal, En. Sharul Nizam telah menjadi pembentang kepada tajuk ini. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama erat daripada para guru selaras dengan matlamat melahirkan guru-guru celik IT. Semoga akan banyak banyak lagi bengkel seumpamanya akan diadakan demi kebaikan guru-guru.

September 10, 2008

UPSR 2008


9 September 2008, bermulanya perjuangan sebenar bagi murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Setelah penat belajar, sekarang tibalah masa untuk murid-murid ini menunjukkan bakat dan ilmu yang mereka peroleh selama ini. Hanya satu harapan guru-guru, kami ingin melihat kalian mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR ini seterusnya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin

Selamat Berjuang dan Selamat Berjaya !! Yakin Boleh !!

September 06, 2008

INTERNET WIRELESS TELAH BERMULA


Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang ingin melahirkan guru-guru berkualiti dan berkemahiran ICT, SKSS19 Subang Jaya dengan sokongan PIBG, telah mengorak langkah dengan merancang projek pemasangan internet wireless di sekolah ini untuk kegunaan guru-guru bagi memantapkan lagi kualiti P&P.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rukiah Bt. Muri (Guru Besar), Pn. Aliah Kamar Shah (GPK1), Pn. Norliza Osman (GPK HEM) dan Pn. Chong (GPK Koku) serta PIBG Sekolah yang telah mencetuskan idea dan memberikan peruntukan sehingga projek internet wireless ini berjaya direalisasikan..

Pemasangan telah dilakukan dengan diketuai oleh En. Azley (Penyelaras ICT) dengan dibantu oleh En. Sharul (Penyelaras Makmal) serta En. Hairul . Adalah menjadi harapan agar kemudahan ini akan membantu melahirkan guru-guru berkualiti dan seterusnya melahirkan murid-murid(modal insan) yang cemerlang, gemilang dan terbilang...

September 01, 2008

LAWATAN KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pada 28 Ogos 2008 yang lalu, murid-murid dari KKBP telah mengadakan lawatan ke Aquaria KLCC. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan telah dapat diperolehi. Semoga segala pengetahuan itu akan menjadi sesuatu yang berguna kepada mereka..

Lihat gambar-gambar yang seterusnya..
(Klik Disini)

SELAMAT BERPUASA



Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, bulan penuh kemuliaan. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini akan bertambah iman kita dan semakin kuat kita beribadat...Amin..