September 11, 2013

PEPERIKSAAN UPSR 2013

Selamat berjuang kepada semua murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR bermula 10 hingga 13 September 2013. Semoga kalian akan beroleh kejayaan yang cemerlang , gemilang dan terbilang.

Puan Musalmah Bt Ab. Ghani sedang memberikan kata-kata perangsang kepada semua murid Tahun 6
Murid-murid sedang tekun menjawab soalan peperiksaan
Suasana ketika di dewan peperiksaan. Semuanya nampak serius

September 09, 2013

MAJLIS RESTU ILMU KHAS UNTUK PELAJAR TAHUN 6

Puan Ja'izah Jasman dan Encik Faisol sedang menyampaikan ucapan

Pada 6 September 2013, seluruh warga Tahun 6 telah diraikan dalam satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Restu Ilmu. Majlis Restu Ilmu ini mbertujuan memberikan galakan dan motivasi diri yang terakhir kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Dalam majlis ini, guru-guru dan murid-murid saling bermaafan serta menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Semoga dengan restu daripada para guru ini dapat membantu murid-murid mencatat sejarah yang terbaik buat diri mereka.
Guru dan murid saling bersalaman dan bermaafan
Perasaan sebak menyelubungi perasaan setiap daripada murid dan guru
Semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR
Wajah-wajah murid yang bakal menghadapi UPSR
Antara guru dedikasi yang mendidik sepenuh hati demi kejayaan murid-murid

PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN



6 September 2013, Jumaat - Murid-murid Tahap 2 iaitu murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 bersaing antara mereka dalam pertandingan kuiz kenegaraan yang diadakan. Aktiviti yang bertujuan menyemai rasa sayang dan cinta kepada tanah air dalam diri murid-murid. Semoga anda semua akan terus mempertahan kedaulatan negara tercinta ini.

 

 

 

 

 

 


MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR UPSR

Guru-guru dan murid tekun membaca Surah Yassin

Pada 5 September 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan SS 19 Subang Jaya telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khas untuk pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 10, 11 dan 12 September ini. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, SS 19 Subang Jaya.

Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada majlis yang bermakna ini. Semoga harapan untuk melihat murid-murid berjaya dalam UPSR yang bakal tiba ini akan menjadi kenyataan.



SELAMAT BERJUANG WAHAI MURID-MURID TAHUN SK SS 19 SUBANG JAYA. ANDA BOLEH LAKUKAN !!

Murid-murid serta ibu bapa yang hadir membaca surah Yassin bersama-sama


YDP PIBG bersama Encik Faisol dan bapa seoarang murid dalam majlis bacaan Yassin



September 02, 2013

PELANCARAN MINGGU BUDI BAHASA


 Panitia Pendidikan Moral telah menganjurkan Minggu Budi Bahasa dan dirasmikan oleh Encik Muhamad Faisol Bin Abdul Majid, Penolong Kanan Kokurikulum. Antara tujuan utama aktiviti ini dianjurkan adalah untuk menyemai rasa cinta kepada nilai-nilai budi bahasa yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Semoga dengan adanya Minggu Bahasa ini, murid-murid SK SS 19 Subang Jaya akan terdidik dengan dan mengamalkan budi bahasa pada setiap masa. Amin.