Julai 16, 2009

BLOG BERTARAF 5 BINTANG



Mungkin posting kali ini agak melampau tajuknya... Namun panarafan ini rasanya amat patut diberikan kepada beberapa blog rakan-rakan guru yang berjaya menghasilkan blog bermutu tinggi. Admin ingin berkongsi satu blog terbaik pada pemerhatian Admin, iaitu BLOG KELAS KHAS.

Sebagai makluman, secara ringkasnya
1. Blog ini dikendalikan oleh admin bernama ultraman... (tak pasti pula ultraman gaya, nexus atau apa)
2. Mula dibangunkan pada akhir bulan Jun dan telah menerima kehadiran tetamu seramai..... (alamak tak de pulak jumlah tetamunya!!!!arrrggghhhhh)
3. Gaya penulisan sangat ringkas, padat dan menepati selera pelawat blog ( dalam kata lain, ada gaya, mutu dan keunggulan)
4. Gambar yang diambil adalah daripada kamera DSLR d80 (mungkin kepunyaan Cikgu Atiqi).Sangat berkualiti dan ada unsur-unsur artistik.
5. Setiap perkara yang berlaku tidak terlepas daripada pandangan admin (maklumlah.......ultraman)
6. Dalam kesibukan membina blog, masih sempat meluangkan masa membasuh /mencebok anak ( bakal bapa mithali agaknya ultraman ni)

Banyak lagi perkara menarik tentang blog ini, pendek kata mari kita layannnnnn.......