Jun 27, 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN

Hari ini merupakan Hari Terbuka atau Hari bertemu Pelanggan. Ramai ibu bapa yang hadir bagi mengetahui sendiri tahap pelajaran anak-anak mereka selepas menduduki peperiksaan PKSR 2 yang lalu. Semoga setiap persoalan yang timbul dapat dijelaskan dengan terperinci oleh guru-guru.

Harapan sekolah agar semua murid SK.SS19 Subang Jaya akan beroleh kejayaan yang cemerlang...

'MAJULAH PENDIDIKAN DEMI NEGARA'



Jun 26, 2009

KEMPEN KESEDARAN INFLUENZA A / H1N1

Selaras dengan kempen besar-besaran Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan tentang bahaya Selsema babi (H1N1 / Influenza A), pihak sekolah telah mengadakan satu majlis penerangan tentang bahaya penyakit ini serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.

Berbekalkan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan, murid-murid diterangkan secara terperinci bahaya penyakit ini dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Semoga tuhan akan melindungi kita semua...Amin..



Jun 23, 2009

MINGGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Pada minggu ini, bermula 22 Jun 2009 hingga 27 Jun 2009 satu program baru telah dianjurkan oleh Panitia Moral, Unit Kaunseling dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan iaitu MINGGU BUDI BAHASA AMALAN KITA.

Program ini dianjurkan bertujuan mendidik anak-anak murid kita agar mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Pada setiap pagi,murid-murid akan ditanamkam nilai-nilai murni dan menyanyikan lagu Budi Bahasa Amalan Kita.

Semoga objektif melahirkan murid yang berbudi bahasa akan tercapai...

Lagu tema Budi Bahasa Budaya Kita

Jun 20, 2009

LADAP 4 - ASAS-ASAS MEMBINA LAMAN BLOG

Lagu Alhamdulillah - Thoo Phat








Alhamdulillah...
Akhirnya selesailah sudah, Program LADAP Kali ke-4 yang telah diadakan pada 20 Jun 2009 bertempat di bilik guru. Apa yang lebih menggembirakan ialah apabila kebanyakan guru telah mempunyai blog peribadi masing-masing. Semoga ilmu yang dicurahkan ini akan membantu guru membangunkan blog-blog yang lebih hebat dan bermanfaat.
Syabas diucapkan !!

Gambar-gambar serta nota akan diupload nanti. Admin agak sibuk. Harap bersabar.....

Lagu tema drama Korea 'Autumn In My Heart'....khas buat peminat drama korea..








Lagu Miraei ( kiroro)











Jun 17, 2009

MINGGU PANITIA AGAMA ISLAM

Panitia Agama Islam sekali lagi menganjurkan minggu panitia dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah. Minggu Panitia Agama Islam ini akan berlangsung bermula 29 Jun 2009 sehingga 3 Julai 2009. Oleh itu, semua murid dijemput menyertai pertandingan berikut;

1) Nasyid (Tahap 2 sahaja)
2) Hafazan
3) Bercerita
4) Kuiz

Kepada yang berminat, sila berjumpa guru-guru Panitia AgamaIslam untuk mendaftar.





Jun 16, 2009

FAKTA ATAU AUTA ???

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

"kredit untuk Majalah Ujang"

PERBINCANGAN ILMIAH/KAJI SELIDIK

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari daripada membicarakan tentang isu-isu terkini negara terutama yang berkaitan dengan pendidikan. Ini disebabkan, pendidikan merupakan nadi atau tunjang kepada keutuhan sebuah negara.Namun begitu, seringkali hujah serta pendapat kita itu hanya berlegar sekitar kedai mamak atau mungkin sekadar dalam hati.
Atas rasa tanggungjawab dan demi kelangsungan pendidikan negara, Admin mengajak semua pelawat agar dapat kita berkongsi pendapat tentang 2 isu utama melibatkan pendidikan

Dua isu itu ialah .....

1) PPSMI - PERLUKAH DITERUSKAN ATAU DIKEMBALIKAN KEPADA BAHASA IBUNDA? PRO DAN KONTRA DISEBALIK KEPUTUSAN YANG MUNGKIN DIAMBIL.

2) CADANGAN UNTUK MENJADIKAN SUBJEK BAHASA INGGERIS SEBAGAI SUBJEK WAJIB LULUS DALAM PEPERIKSAAN SPM. RELEVANKAH CADANGAN INI? MUNGKINKAH INI LANGKAH TERBAIK SEPATUTNYA DIAMBIL AGAR SUBJEK INI DIKUASAI OLEH SEMUA PELAJAR DEMI 'SURVIVAL' PELAJAR ITU SENDIRI..

Mari kita berkongsi idea bersama-sama.Namun ADMIN berharap, sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pendapat mestilah menggunakan bahasa yang sopan, tidak menyentuh sensitiviti kaum, bangsa,politik, agama dan sebagainya. Pendapat yang dikongsi hendaklah berbentuk ILMIAH/AKADEMIK demi masa depan anak-anak kita




Jun 15, 2009

SEMAK KDP 14M

Kepada semua guru dan para pelawat, silalah semak keputusan anda di sini.
Klik pada gambar



LAGU SEBAGAI HALWA TELINGA

Baru-baru ni (lihat ruangan shoutbox), encik tempoyak buat permintaan nak dengar lagu.. ishhh .. merepek betul.. tapi tidak mahu mengecewakan hati kecil tempoyak, dengarlah lagu Embun dendangan Aqasha. Admin suka sangat lagu ni..
Dengarlah lagu ini sebagai iringan semasa anda melayari blog ini. Tekan aja pada anak panah tu. Kalau ok, admin boleh buat banyak lagi lagu yang best






Jun 08, 2009

LEBAH MENYERANG SEKOLAH KITA


Lebah menyerang sekolah kita... Mujurlah perkara yang buruk tidak berlaku kepada murid-murid. Setelah menyedari perkara ini, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah telah mengambil tindakan segera dengan menghubungi pihak bomba. Akhirnya, sarang lebah ini berjaya dimusnahkan. Syabas kepada pihak bomba dan jawatankuasa keselamatan sekolah.