November 15, 2007

WARGA KERJA SEK. KEB. SS19 SUBANG JAYA 2007


Sekolah Kebangsaan SS19 Subang merupakan antara sekolah yang terawal di kawasan Subang Jaya. Sekolah ini pernah menampung murid seramai hampir 1500 orang iaitu sekitar tahun 90 -an. Ketika ini jumlah muridnya ialah hampir 600 orang.


Sekolah ini juga telah mencatat banyak kejayaan sama ada dari segi akademik dan kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah atas kesepakatan antara pentadbir dan guru-guru yang sentiasa bekerjasama mencari yang terbaik untuk sekolah dan murid-muridnya.


Pada masa sekarang, Sek. Keb. SS19 Subang Jaya dipimpin oleh Puan Rukiah Binti Muri. Dengan bakat kepimpinan dan kesungguhan beliau serta dibantu oleh guru-guru, zaman kegemilangan SKSS19 Subang Jaya pasti dapat dikembalikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan