Februari 24, 2010

SEBUTAN DALAM BERBAHASA PERLU TEPAT...

Sebuah cerita daripada rakan maya yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua.Bahasa dan ayat yang digunakan tidak sesuai, namun cerita dan teladan itu perlu diberi perhatian.. Inilah kesannya jika kita tidak menggunakan bahasa dan menyebutnya dengan salah, tidak kira sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris...

Tajuk : Mak Apan Hilang.....
Kesian Apan….

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!


"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah. ..Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam budak tadika....grrrrrrrr!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

kredit:
http://fdausamad.blogspot.com/

Februari 09, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-20

Pada 7 Februari yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-20 bagi memilih kepimpinan baru serta membincangkan tentang cadangan bagi penambahbaikan sekolah. Kehadiran para ibu bapa amat menggalakkan. Ucapan tahniah juga kepada semua murid yang menerima anugerah atas kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2009.


PRASARANA SEKOLAH

Bagi memastikan sesi pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar dan berjaya, bukan hanya kemudahan atau faktor berbentuk fizikal seperti guru, buku teks, kelas, bangunan dan sebagainya patut lengkap, malah faktor-faktor luaran juga amat penting dan turut memberi sumbangan kepada murid untuk lebih selesa dan ceria ketika menuntut ilmu.

Berdasarkan itu, sekolah kita amat menitik berat akan keperluan asas yang dapat membantu murid supaya lebih selesa untuk belajar. Inilah antara beberapa kemudahan di sekolah kita.


( Banyak lagi kemudahan lain yang belum sempat dimuatnaik)