Januari 31, 2009

SELAMATKAN GAZA




Seluruh dunia dan segenap lapisan manusia berbicara bahawa kita telah mencapai satu tahap ketamadunan manusia yang tertinggi. Kecanggihan teknologi, ilmu pengetahuan yang tiada batasan, sumber ilmu diibaratkan bak langit terbuka dan macam-macam lagi. Begitulah hebatnya "Tamadun Unggul" yang dilaung-laungkan.

Malangnya.........,

Malangnya, dalam kehebatan dan kemajuan tamadun ini, ada segelintir manusia yang berpatah balik ke belakang dan menjadi manusia yang tidak beradab dan berperikemanusiaan. Atas apa dosa orang awam dan kanak-kanak malang dibunuh,ibu bapa kehilangan anak-anak, bayi kecil kehilangan anggota keluarga tersayang.

Malang bertambah malang apabila "kuasa besar" dunia melihat tragedi ini hanya sebelah mata. Atas kesedaran itulah, marilah kita bersama-sama bersatu memboikot Israel atas kebiadapan mereka melayan manusia tanpa menggunakan akal yang waras. Walaupun sekecil hama bantuan kita hulurkan kepada Palestin, namun inilah permulaan perjuangan kita dan selemah-lemah iman manusia... Wallahua'llam..

Januari 29, 2009

GONG XI FA CHAI

Warga kerja SKSS19 Subang Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina @ Gong Xi Fa Chai kepada seluruh warga Malaysia berbangsa Cina khususnya warga Sek. Keb. SS19 Subang Jaya. Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada sekolah kita..

Januari 17, 2009

PROGRAM MAJU DIRI TAHUN 4, 5 DAN 6

Murid dan guru bersama-sama melakukan senamrobik
sebelum memulakan Program Maju Diri
Program Maju Diri sedang dijalankan. Guru-guru bertindak sebagai fasilitator
membimbing murid melakukan aktiviti latihan dalam kumpulan

HARI ORIENTASI PRASEKOLAH DAN TAHUN 1

Antara ibu bapa yang hadir sedang mendengar taklimat
oleh Puan Guru Besar
Puan Nazli dan Puan Wan Haryati , guru murid Tahun 1
dan Cik Hasrina, guru prasekolah bersama GPKMurid-murid dengan pelbagai karenah dan
gelagat yang mencuit hati
Para ibu bapa sedang membuat bayaran
bagi sesi persekolahan 2009