Ogos 25, 2008

KECEMERLANGAN MURID KEGEMILANGAN SEKOLAH


Seorang murid sekolah kita, Mohd Rafieaddin Zulkifli telah terpilih mewakili pasukan bola sepak Tunas Mini Olimpik Daerah Petaling Perdana ke Pertandingan Tunas Mini Olimpik Peringkat Negeri Selangor. Bertambah manis, pasukan yang beliau wakili telah menjadi johan pertandingan. Semoga kejayaan Rafieaddin akan melahirkan lebih ramai atlit yang berbakat di sekolah kita. Tahniah diucapkan kepada beliau. Harapan semua guru, semoga kejayaan ini akan diiringi dengan keputusan yang cemerlang dalam akademik pula. SKSS19 Boleh !!!!

Ogos 22, 2008

TERBARU..

LAWAK / KARTUN (ihsan sk.puchong jaya2) T/K ..profdin .... menarik???...Klik untuk selanjutnya..


KISAH DAN TELADAN ...(ihsan sk.Taman Komsas Ampang) T/K.. aware

Cerita 1

Dia mengambil masa berpuluh tahun untuk menangis diatas perlakuannya. Moga-moga kisah ini memberikan sedikit iktibar bahawa kemarahan dan kebencian sealalunya akan membunuh kewarasan kita. cerita selanjutnya... klik di sini

Cerita 2

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!!
cerita selanjutnya..klik di sini

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

Gambar-gambar sekitar Sambutan Kemerdekaan SKSS19 Subang Jaya.. (Klik Disini)

Ogos 19, 2008

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN



Pada malam 14 Ogos 2007, bertempat di SK. SS19 Subang Jaya telah diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin oleh para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid Tahun 6bagi memohon restu dan ditunaikan hajat oleh Allah SWT, agar semua murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 9 September 2008 ini akan berjaya dengan cemerlang.

Sambutan daripada ibu bapa amatlah menggalakkan . Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah diketuai oleh Imam Abbas. Selain itu, turut diadakan ialah solat maghrib dan isyak secara berjemaah.

Gambar-gambar terbaik..klik di sini..

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Satu Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan di peringkat sekolah dan dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Majlis yang mulia ini telah diadakan di dewan sekolah bertujuan memupuk kefahaman dan pengertian kepada setiap peristiwa yang dialami oleh Rasul Junjungan Muhammad (SAW).

Lebih banyak gambar.. klik di sini