Julai 24, 2008

HARI POTENSI PRASEKOLAH


Pada 24 Julai 2008, bertempat di Sek. Keb. Bdr.Kinrara 1, murid-murid prasekolah telah menyertai Hari Potensi Prasekolah zon MPSJ. Pasukan yang terdiri daripada 12 orang murid telah menyertai pelbagai pertandingan seperti nyanyian dan gerakan, hafazan ayat al-quran dan bercerita dalam Bahasa Malaysia.

Walaupun kita tidak memenangi apa-apa kategori, tetapi keberanian murid-murid ini harus dipuji. Semoga selepas ini, kejayaan akan menyusul jua... Insyaallah..

Julai 22, 2008

PERTANDINGAN ROBOTIK PRGKT NEGERI SELANGOR




Pada 21 Julai 2008 yang lalu, pasukan robotik sekolah kita telah berjuang di Kuala Selangor dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Selangor. Seramai 11 orang murid, terdiri daripada murid Tahun 3,4,5 dan 6 telah mewakili sekolah kita.

Pasukan di bawah bimbingan En. Azley Suhairey,En. Sarbini, En. Mustaffal, En. Sharul, En. Azizul dan En. Halim telah mengharumkan nama sekolah apabila mencatat kemenangan di tempat ke-13 daripada 142 pasukan yang menyertainya. Berbanding sebelum ini, kedudukan ke-13 merupakan satu persembahan mantap daripada murid-murid sekolah kita.

Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga pada tahun hadapan, sasaran lima terbaik seluruh Negeri Selangor akan menjadi kenyataan. Khidmat Encik Azley dan guru-guru ini amat diperlukan.... Tahniah semua...!!!!

Julai 21, 2008

TUNAS MINI OLIMPIK (SEPAK TAKRAW)



Pada 18 Julai 2008 (Jumaat), sepasukan pemain sepak takraw ( 4 orang ) telah berada di Sek. Men. Seksy. 11 Shah Alam bagi menyertai pertandingan Tunas Mini Olimpik (Sepak Takraw). Di bawah bimbingan En. Azizul Shah dan En. Zaidi, pasukan ini telah berjuang habis-habisan demi mengharumkan nama sekolah. Hasilnya, pasukan sekolah kita berjaya masuk ke peringkat separuh akhir dan memperoleh tempat ketiga.

Salah seorang pemain, Rafieaddin telah disenarai pendek untuk mewakili Daerah Petaling Perdana. Syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang berjaya mengangkat nama sekolah ke satu tahap yang membanggakan.. Tahniah..

Julai 14, 2008

TUNAS MINI OLIMPIK




Bermula 9 Julai sehingga 11 Julai yang lalu, pasukan bola sepak tunas mini olimpik SKSS19 Subang Jaya telah berkampung di SK. Seksyen 27 Shah Alam. Pertandingan Mini Olimpik (Bola sepak) ini telah disertai seramai 47 buah pasukan yang terdiri daripada sekolah-sekolah dalam daerah Petaling Perdana.

Perlawanan diadakan secara liga mengikut kumpulan. Sebanyak 6 pasukan dalam satu kumpulan. Pasukan SKSS19 Subang Jaya telah diletakkan bersama SK. Sri Selangor, SK. Tmn Universiti, SK.Bandar Puchong 1, SK. TTDI Jaya dan SK. Syeksyen 6. Dalam kumpulan ini, kita telah muncul sebagai Johan Kumpulan.

Fasa kedua sebanyak 16 pasukan telah memasuki pusingan suku akhir. Pertandingan suku akhir ini dijalankan secara liga dengan empat pasukan dalam satu kumpulan dan hanya pasukan teratas sahaja layak ke pusingan separuh akhir. Sekali lagi pasukan kita menjadi juara kumpulan.

Di peringkat separuh akhir pula, pasukan sekolah telah bertemu dengan pasukan dari SK.Seksyen 24 Shah Alam. Perlawanan yang sengit dan mendebarkan ini telah dimenangi pasukan kita dengan jaringan 3 berbalas 1. Perlawanan akhir adalah antara pasukan kita menentang SK.Bdr Anggerik (Juara Bertahan). Walaupun kita kalah 0-1, namun pasukan kita telah menunjukkan satu permainan yang amat menarik dan mengagumkan.

Kejayaan ini lebih manis apabila ini merupakan penyertaan kali pertama dalam pertandingan Mini Olimpik. Selain itu, pemain penyerang Rafieaddin (4RM) telah muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 12 gol dan 3 daripadanya adalah hatrik.

Tahniah diucapkan.........

Lihat gambar seterusnya.....(klik........)

Julai 13, 2008

MINGGU PANITIA AGAMA ISLAM



Pada 1 Julai hingga 4 Julai 2008 yang lalu, Panitia Agama Islam SKSS19 Subang Jaya telah menganjurkan Minggu Panitia Agama Islam. Pelbagai acara pertandingan telah diadakan dengan tujuan mencungkil bakat murid-murid dan menggalakkan daya saing antara mereka.

Antara pertandingan yang telah diadakan ialah; pertandingan bercerita, nasyid , hafazan ayat al-quran dan membaca al-quran dengan betul. Acara-acara yang telah diadakan ini, telah mendapat sambutan hangat daripada murid-murid.

Matlamat membudayakan al-quran dalam kehidupan begitu terserlah sepanjang Minggu Panitia Agama Islam diadakan. Tahniah kepada semua...........

Julai 02, 2008

PERTANDINGAN GOLF AMAL 2008





29 Jun 2008, iaitu pada hari Ahad yang lalu, PIBG skss19sj telah berjaya menganjurkan Pertandingan Golf Amal bertempat di Kelab Golf Sri Selangor, Kota Damasara. Aktiviti yang telah dijalankan selama hampir 3 tahun ini, telah berjaya mengumpul sejumlah wang bagi memenuhi tabung/ dana PIBG.

Ucapan sekalung tahniah patut diberikan kepada semua Ajk PIBG terutama kepada Puan Rukiah Bt Muri, Guru Besar SKSS19 Subang Jaya (Penasihat PIBG) yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan aktiviti ini berjalan lancar. Tidak lupa juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang turut serta menyumbang tenaga dan idea demi kejayaan aktiviti ini.

Pada masa yang sama, jutaan terima kasih harus dikalungkan kepada Encik Nordin Bin Ramli. Beliau yang juga merupakan suami Pn. Rukiah Bt. Muri telah memainkan peranan yang amat besar dalam mendapatkan penyertaan daripada individu dan badan-badan korporat.

Sesungguhnya, kejayaan aktiviti ini sangat berbaloi dengan usaha yang telah dijalankan sejak peringkat awal lagi. Semoga Pn. Rukiah Bt Muri, En. Moennudin B. Mohd, Encik Zulkifli B. Ahmad,Puan Rahimah Bt. Abd. Jalil,Puan Nor Aidah Bt. Baharudin, Puan Norazizah Bt. Basar,Encik Khairul Anuar Bin Abdullah ,Encik Zamry Fareed Bin Mohd Norden, Encik Tarlochan Singh Dhaliwal,Encik Mohd Fauzi Bin Ahmad,Encik Mohd Sharul Nizam B. Mohd Yusop ,Pn. Puah Siew Khuan ,Pn. Tamil Chelvee ,Puan Nazli Bt Ariffin, Encik Mustaffa Mohamed Khalid dan Encik Jauhari Rizal Mijim Abdull, akan terus menyumbang bakti demi kesinambungan kejayaan pada tahun hadapan.


Sekian................ lihat gambar berikutnya...(klik)...