April 23, 2008

GOLF AMAL 2008 PIBG SKSS19 SUBANG JAYA

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSS19 Subang Jaya akan menganjurkan Pertandingan Golf Amal 2008. Pertandingan ini diadakan untuk mengumpul dana PIBG bagi membaik pulih bangunan sekolah dan melancarkan semua aktiviti sekolah yang telah dirancang bagi meningkatkan prestasi murid-murid sekolah.

Golf amal ini akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 29 Jun 2008
Tempat : Kelab Golf Seri Selangor
Masa : 9.00 pagi
Bayaran Penyertaan : RM 375
1 Flight :RM 1500
Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03-56335487

April 17, 2008

TAKLIMAT PERTUKARAN GURU SECARA ON LINE




Pada 10 April 2008 yang lalu, satu taklimat tentang Pertukaran guru secara online talah diadakan. Semua guru telah mlibatkan diri dalam taklimat yang telah diadakan di makmal komputer sekolah.

April 16, 2008

TEMASYA SUKAN KALI KE-12 SEK. KEB. SS19 SUBANG JAYA(Samb)






TEMASYA SUKAN KALI KE-12 SEK. KEB. SS19 SUBANG JAYA






Pada 6 April 2008 yang lalu, Sek. Keb. SS19 Subang Jaya telah mengadakan Temasya Sukan kali ke-12. Temasya sukan ini adalah bagi melahirkan atlit-atlit sekolah ke pertandingan peringkat daerah dan negeri.Selain itu, ia juga bertujuan menyeimbangkan penglibatan murid dari segi akademik dan kokurikulum.

Temasya sukan kali ini telah mendapat sambutan hangat daripada murid-murid dan para ibu bapa. Apa yang menjadi lebih istimewa ialah adanya kerjasama erat daripada para ibu bapa(ajk pibg) dalam menjayakan aktiviti ini. Syabas!!!!

Keputusan penuh Temasya Sukan Kali ini ialah

Juara Keseluruhan : Rumah Zuhal

Olahragawan : Nasrullah Bin Mohd Nazri

Olahragawati : Nawal bt. Hj Norsaid

April 05, 2008

PERTANDINGAN PIDATO

Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada Nurain Izzati Bt. Hamdan atas kejayaan menjadi Johan Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Petaling Perdana yang telah diadakan di SK Seri Selangor pada 4 April 2008 (Jumaat) yang lalu.
Sesungguhnya kejayaan beliau telah mengharumkan nama sekolah. Begitu juga kepada Encik Azizul Shah (Guru Pembimbing/ Ketua Panitia Bahasa Melayu) yang telah melatih beliau sehingga berjaya.

Warga SK.SS19 Subang Jaya mendoakan agar Nurain Izzati akan berjaya dalam pertandingan di peringkat negeri kelak.
Syabas !!!!

April 04, 2008

BERITA PENDIDIKAN

PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan tarikh-tarikh bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini berkata peperiksaan UPSR dijadualkan dari 9 hingga 11 September, PMR dari 13 hingga 17 Oktober, STAM pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober, manakala SPM dari 12 November hingga 6 Disember.

Beliau berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan bagi melewatkan tarikh peperiksaan dengan menyusun semula jadual operasi pengendalian peperiksaan-peperiksaan tersebut tahun ini.Menurutnya dengan pelbagai kekangan yang dihadapi pelbagai pihak terutama LPM yang mengendalikan peperiksaan-periksaan itu, adalah sukar untuk mengadakan kesemua peperiksaan tersebut serentak di hujung tahun persekolahan.

Tarikh cuti akhir tahun persekolahan ialah pada 14 November ini."Penyusunan semula jadual ini mengambil kira aspek pengurusan dan profesional serta melibatkan banyak pihak terutama yang berhubung dengan percetakan, pengedaran, penyimpanan kertas soalan dan skrip jawapan, pemeriksaan, pemprosesan data, penentuan standard dan pengumuman keputusan," katanya.

-- BERNAMA

April 03, 2008

ROAD RUN 2008 SK.SS19 SUBANG JAYA



Pada 29 April 2008 yang lalu, SKSS19 Subang Jaya telah mengadakan acara "Road Run". Semua murid daripada Tahap 2 telah menyertai larian ini yang jaraknya kira-kira 4.3 km. Semua murid sangat gembira dan mengalami perasaan yang sukar digambarkan.

Kerjasama daripada guru-guru dan ajk PIBG sekolah juga amat menggalakkan dan telah melicinkan lagi aktiviti ini.

Tidak lupa juga diucapkan kepada pasukan PDRM khususnya anggota daripada Balai Polis Subang Jaya yang telah membantu menjaga kawalan trafik dan keselamatan murid-murid.

Syabas kepada semua...........